Lubang angin berkisi-kisi, Jadi hiasan pada jendela; Abang ingin hamba berjanji, Janji abang bagaimana pula. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Benang perak dan benang emas, Untuk hiasan kain bertabur; Abanglah tegak di tengah panas, Mabuk menantikan adik menegur. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Wangilah bunga di tepi ladang, Untuk hiasan indah sekali; Lakilah tua bininya garang, Teruklah badan dipukuli. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Asam pauh masak laksa, Buat pengat hiasan berbunga; Sesungguhnya Tuhan maha kuasa, Kupohon rahmat pertolongan-Nya. | Pantun Melayu Sarawak | Agama |
Bunga kembang di dalam taman, Petik sekuntum hiasan putri; semoga abang dalam aman, Adik di sini tetap menanti. | Pantun Melayu Sarawak | Kasih |
Baik sungguh mencari kurau, Bulunya cantik untuk hiasan; Adiklah jauh hatiku risau, Rindukan adik terlupa makan. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |