Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[hi.dang] | هيدڠ

Definisi : ; menghidangkan 1. = berhidang menyajikan atau menyediakan makanan (minuman dll): air kopi yg dihidangkan oleh isterinya sudah habis diminumnya; apabila kita berhidang utk tamu hari raya tentulah tidak ketinggalan kita menyediakan minum­an; 2. ki mengutarakan atau mengemukakan sesuatu perkara (dlm mesyuarat dll): penga­rang surat khabar ~ masalah pengangguran dlm tajuk rencananya; 3. ki memperdengar­kan, mempertunjukkan dsb kpd orang ramai, mempersembahkan: penyanyi itu telah ~ lima buah lagu dlm pertunjukan itu; hidangan 1. makanan yg disediakan, sajian: maka didapatinya Mak Andeh masih bersiap menyajikan ~; ~ Melayu makanan masakan Melayu; 2. sesuatu (spt lagu, muzik, drama) yg diperdengarkan, diperlihatkan, dsb: ma­sing-masing menyandar ke kerusi menden­gar ~ lagu-lagu merdu drpd peti radio; sehidangan 1. satu hidangan: anak gadisnya muncul membawa ~ kopi dan kuih-muih; 2. sama hidangan (sewaktu makan): makan sehidang(an); penghidangan perihal menghidangkan, pe­nya­jian. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[hi.dang] | هيدڠ

Definisi : ; menghidangkan menyediakan (makanan atau minuman di meja dll); menyajikan (makanan, minuman dll): Emaknya ~ minuman dan kuih di atas meja. hidangan 1 makanan atau minum­an yg dihidangkan atau disajikan; sajian: Silalah makan ~ yg tidak sptnya ini. 2 sesuatu yg dipersembahkan (diperdengarkan atau diperlihatkan): Masing-masing bersandar di kerusi mendengar ~ lagu-lagu merdu dr radio. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
hidang
Kata Terbitan : berhidang, menghidangkan, hidangan, penghidangan,

Puisi
 

Jangan dulu memecah dulang,
     Saya menjual hidang kain;
Jangan dulu berempat pulang,
     Belum puas kita bermain.


Lihat selanjutnya...(3)

Pantun

PantunSumberTema
Hidang-menghidang oleh Cik Dayang, Keti datang dari Bintulu; Pandang memandang bertambah sayang, Hati rindu nakdekat selalu.Pantun Melayu SarawakKasih
Tudung saji penutup hidang, Dibawa orang ke hulu kampung; Untung rugi nasib pun malang, Kerana kurang tahu berhitung.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Saya tidak pandai berhidang, Sebarang hidang saya hidangkan; Saya tidak pandai bergendang, Sebarang gendang saya gendangkan.Kurik Kundi Merah SagaAdat
Jangan dulu memecah dulang, Saya menjual hidang kain; Jangan dulu berempat pulang, Belum puas kita bermain.Kurik Kundi Merah SagaAdat
Tabu liat tabu kapur, Sama tengah pokok keladi; Apa dibuat orang dapur, Kalau dah masak hidang ke mari.Kurik Kundi Merah SagaJenaka

Kembali ke atas