Kuih Melayu hidangan istimewa, Hidangan petang bersama kawan; Di puncak kejayaan melihat dunia, Betapa agung kebesaran Tuhan. | Pantun Melayu Sarawak | Umum |
Pengat keledek hidangan ummi, Rumah Melau beratap limas; Sangat pelik di hati kami, Adakah kijang bertanduk emas. | Pantun Melayu Sarawak | Setia Kasih |
Buku tebu dibelah-belah, Hidangan manis orang Cina; Buka buku baca sejarah, Adakah tertulis Melayu terhina? | Pantun Melayu Sarawak | Setia Bangsa |
Masak bubur sampai menidih, Hidangan pagi orang Mersing; Ibu mana tidak bersedih, Ada anak duduk berasing. | Pantun Melayu Sarawak | Nasihat |
Bahulu dalam pinggan, Tiga hidangan roti raji; Jangan malu jangan segan, Kita sudah suami isteri. | Kurik Kundi Merah Saga | Nasihat Nasihat |
Nanas halwa pisang salai, Hidangan kali pertama dara; Hasrat kecewa cinta terkulai, Ingatan mesra tetap ada. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Tudung saji berkain sutera, Dibawa untuk hidangan sultan; Hidupku ini makin sengsara, Kerana terbujuk rayuan tuan. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Anak dara menumbuk pandan, Membuat kuih hidangan kenduri; Ilmu yang baik jadikan teladan, Segala yang buruk letak ke tepi. | Kurik Kundi Merah Saga | Nasihat Nasihat |
Belum dimakan jangan dijamah, Di atas meja hidangan juadah; Beralih kain di balik rumah, Beralih cakap di balik lidah. | Kurik Kundi Merah Saga | Peribahasa |
Banyak tumbuh pohon di sini, Encik Anjang orang berbudi; Silalah makan hidangan ini, Mana yang kurang jangan dikeji. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |