Banyaklah redup perkara redup, Redup alamat hari kan hujan; Banyaklah hidup perkara hidup, Hidup Muhammad menjadi teladan. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Banyaklah redup perkara redup, Redup alamat hari kan malam; Banyaklah hidup perkara hidup, Hidup Muhammad merahmati alam. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Tutup bukan sebarang tutup, Tutup kuali dari tembaga; Hidup bukan sebarang hidup, Hidup berbudi matinya mulia. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Belajar baca rumi; Belajar kira-kira, Restu hidup kami, Hidup kami gembira. | Pantun Melayu Sarawak | Kiasan |
Hidup api jerang belanga, Hendak masak kepala kurau; Abang pergi jangan lama, Tiada kawan hendak bergurau. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Redup hari melayah petang, sungguh hening di pagi hari; Hidup ibarat pinang sebatang, Hidup terpinggir seorang diri. | Pantun Melayu Sarawak | Perantau |
Bila mencelup kain pelekat, Salah celup rosak raginya; Bila hidup mempermainkan adat, Hinalah hidup rosak budinya. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Tudung saji dari Semarang, Buat penutup asam pauh; Begini nasib hidup yang malang, Hidup seorang ibu jauh. | Kurik Kundi Merah Saga | Perantauan |
Orang buat tikar pandan berduri, Jangan buat pandan mengkuang; Kita hidup sedarkan diri, Jangan hidup dibenci orang. | Kurik Kundi Merah Saga | Nasihat Nasihat |
Selasih hidup di bawah titi, Makan bersama buah papaya; Kasih datuk tersalah beri, Orang tidak menimbang rasa. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |