Antara petang hingga malam, Di sana orang berebut mandi; Bila kukenang ke masa silam, Kita bertunang tak patut lagi. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Anak musang disalak anjing, Hingga malam lari menyosok; Hendak meminang tidak sebanding, Dibawa diam hatiku remuk. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Bukan mudah berladang darat, Hingga menuai padi dijaga; Bukan mudah memegang adat, Bila lalai diri tercela. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Sayangnya bulan tiada terbit, Hingga pagi terasa kelam; Sayangnya tuan suka menggigit, Bila beristeri kan lari malam. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Sayang ombak terlalu besar, Hingga segan orang memukat; Abang tidak mahu bersabar, Hampa pun segan datang mendekat | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Sayang keladi rasanya gatal, Hingga tak jadi dibuat gulai; Abang pegi adinda tinggal, Jagalah janji yang kita simpai. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Induk burung terbang tinggi, Hingga di dahan kayu arah; Duduk termenung sepanjang hari, Mengharapkan puan mahu menyapa. null null null null | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Cukup sudah orang beramu, Hingga petang barulah sudah; Hidup susah dagang piatu, Di manakan abang mahu menikah. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Duduk termenung mengusap kaki, Lama duduk hingga ke senja; Kalau gunung hendak didaki, Teguhkan tekad bersemangat waja. | Pantun Melayu Sarawak | Nasihat |
Anak gagak terbang meninggi, Bila penat hingga di dahan; Awak hendak orang tak sudi, Bila diingat binasa badan. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |