| Duduk termenung mengusap kaki, Lama duduk hingga ke senja; Kalau gunung hendak didaki, Teguhkan tekad bersemangat waja. | Pantun Melayu Sarawak | Nasihat |
| Orang berdedai berburu todak, Merata sungai hingga ke hulu; Abang bagaikan baju yang koyak, Siapa memakai tentulah malu. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
| Kalau menangkap ikan kurau, Rentang jaring hingga ke seberang; Adat hidup sahabat bergurau, Sudah mati terbaring seorang. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
| Manis sungguh tebu sebatang, Dari akar hingga ke pucuk; Manis sungguh mulut orang, Terkena tipu dalam pujuk. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
| Di tengah padang sambil berlari, Kita bermain hingga ke petang; Dengan tidak aku sedari, Rupa-rupanya dibenci orang. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
| Kusangka nanas dari permatang, Rupanya pandan tiada berduri; Kusangka panas hingga ke petang, Rupanya hujan di tengah hari. | Kurik Kundi Merah Saga | Peribahasa |
| Kusangka nanas atas permatang, Rupanya durian tajam duri; Disangka panas hingga ke petang, Rupanya hujan di tengah hari. | Kurik Kundi Merah Saga | Peribahasa |
| Dipetik nanas dengan pedang, Dimakan orang Kuala Teri; Kusangka panas hingga ke petang, Rupalah hujan di tengah hari. | Kurik Kundi Merah Saga | Peribahasa |
| Patuh Melayu kepada ibu, Syurga ada di bawah kakinya; Senonoh laku tanda berilmu, Bahagia hidup hingga ke matinya. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
| Orang berkayuh dalam perahu, Kerana hendak mudik ke hulu; Minta selamat pengantin baru, Dari anak hingga ke cucu. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |