Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
hujan (kata nama)
Kata Terbitan : berhujan, menghujani, menghujankan, kehujanan,

Peribahasa

Harimau bertempek tak (kan) makan orang.

Bermaksud :

Orang yang terlalu marah biasanya tidak sampai memukul. (Peribahasa lain yang sama makna: Hari guruh takkan hujan).

 

Lihat selanjutnya...(3)


Pantun

PantunSumberTema
Kalau redup hari kan hujan, Jangan sekali berjalan jauh; Kalau menutup rezeki kawan, Saban hari akan bergaduh.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Awan mendung tanda kan hujan, Guruh mendayu sayup sampai; Ingin kukunjung wajahmu tuan, Kerana malu janji kuungkai.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Walaupun hari baru kan hujan, Kerana petang bergulut juga; Walaupun laki sebau belacan, Kerana penyayang diikut juga.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Bila bintang tidak berseri, Itulah tanda hari kan hujan; Apabila abang tidak peduli, Tentulah hamba mencari kawan.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Banyaklah redup perkara redup, Redup alamat hari kan hujan; Banyaklah hidup perkara hidup, Hidup Muhammad menjadi teladan.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Hujan panas di tengah hari, Tanda alamat hari kan buruk; Bukan kupanas kerana iri, Panas melihat adik merajuk. null null null nullKhazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Selasih ditanam di atas bukit, Hujan lebat bakut pun rubuh; Kasih sayang bukan sedikit, Seteguh gunung tak kan runtuh.Pantun Melayu SarawakKasih

Kembali ke atas