Kecil-kecil pengayuh lidi, Mari sampai hutan seberang; Kecil-kecil hendak berbini, Apa belanja kulit kerang. | Kurik Kundi Merah Saga | Jenaka |
Kecil-kecil pengayuh lidi, Mari sampai ke hutan seberang; Kecillah kecil hendak berlaki, Apa belanja sekulit kerang. | Kurik Kundi Merah Saga | Jenaka |
Anak kancil memungut jambu, Sudah kenyang lari ke hutan; Sejak kecil menuntut ilmu, Supaya senang hari kemudian. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Anak Cina masuk berperang, Bawa senjata dengan rotan; Sungguh rimau panglima garang, Pelanduk kecil raja di hutan. | Kurik Kundi Merah Saga | Kiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran |