| Adat batu ia berdekak, Adat besi ia berdencing; Ada dipalu tahan asak, Hukum jatuh tahan banding. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
| Jikalau ia kajang di Biku, Tanam dedap dalam padi; Jika ia kata begitu, Alangkah sedap dalam hati. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
| Orang musafir datang memanah, Memanah ia di Sengam Padang; Datang Jibrail mengambil tanah, Diambil ia tanah segenggam. | Kurik Kundi Merah Saga | Agama |
| Taat umat kepada Allah, Kerja maksiat ia haramkan; Kuat adat mulia maruah, Petuah nasihat ia fahamkan. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
| Apa guna membeli parang, Kalau digunakan ia patah; Apa guna menjadi orang, Kalau dituakan ia menyalah. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
| Elok parang mata berkilat, Mata berkilat ia diasah; Elok orang kerana beradat, Kerana beradat ia bermaruah. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
| Pasang naik orang menjala, Walau lelah ia teruskan; Orang baik pantang mencela, Kalau bersalah ia luruskan. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
| Patuh Melayu kepada emak, Dari kecil ia besarkan; Senonoh laku mulia akhlak, Hari yang batil ia hindarkan. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
| Sifat perahu pantang ditakik, Bila ditakik ia kan tembuk; Adat Melayu pantang diusik, Bila diusik ia mengamuk. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
| Orang memukat pagi dan petang, Kena gelombang ia tabahkan; Orang beradat berhati lapang, Kesalahan orang ia lupakan. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |