Sudah reka baru dikarang, Ikan di laut ibarat bakorang; Dari dahulu sampai sekarang, Budi tuan diingatkan orang. | Kurik Kundi Merah Saga | Budi |
Angkut-angkut tebing seberang, Sayang pauh dibuat ulam; Ibarat melukut di tepi gantang, Tumpang berteduh di waktu malam. | Pantun Melayu Sarawak | Perantau |
Saratlah jong dari selatan, Pasang timpas berhenti juga; Ibarat burung tinggi di awan, Terbang bebas menari mangsa. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Sarat sekali muatan sampan, Kerana ombak tentulah karam; Ibarat mentari dengan bulan, Cahayanya nampak siang malam. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Pantai Lukut luas terbentang, Teluknya penuh berbatu karang; Ibarat melukut di tepi gantang, Masuk tak penuh keluar tak kurang. | Kurik Kundi Merah Saga | Peribahasa |
Orang Keling sembahyang kusami, Bawa dian sepuntung seorang; Ibarat ambo rumput di bumi, Pagi petang dipijak orang. | Kurik Kundi Merah Saga | Peribahasa |
Kalau beli bunga selengkar, Tanya dulu berapa harganya; Ibarat telur penuh sesangkar, Pecah sebiji pecah semua. | Kurik Kundi Merah Saga | Peribahasa |
Redup hari bulan mengambang, Terbang sekawan burung kelawar; Hidup ibarat dagang menumpang, Tiba masa diusir keluar. | Pantun Melayu Sarawak | Nasihat |
Batang selasih diraut-raut, Buat bakul tidak berbingkai; Kasih ibarat ombak di laut, Singgah ke pantai hancur berkecai. | Pantun Melayu Sarawak | Kasih |
Permata zamrud berikan kami, Hadiah suami kepada isteri; Cintaku ibarat rumput di bumi, walau dipijak tetap menjadi. | Pantun Melayu Sarawak | Kasih |