Adapun hajat sebenar hajat, Idaman orang siang dan malam; Adapun adat sebenar adat, Bertiang kepada ajaran Islam. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Zaman kini berubah jauh, Jantan betina sama serupa; Idaman hati sudah menjauh, Badan merana sukma hampa. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Jauh berjalan payahlah kaki, Penatlah betis letak anggota; Jodoh idaman sudah berlaki, Hendak menangis awaklah tua. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Bunga ros bunga melati, Bersama dengan bunga cempaka; Bila bersua idaman hati, Luput segala hati nan duka. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Taman lipur di Pulau Tioman, Rumput kering lepas ditajak; Terpisah sudah dara idaman, Runtuhlah tiang tempat berpijak. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Pergi ke perigi mengambil timba, Timba terletak tepi halaman; Walaupun banyak kembang di rimba, Mawar di jambangan jadi idaman. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |