Elok parang besinya keras, Besi keras kuat menebang; Elok orang hatinya ikhlas, Hati ikhlas adat terpandang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Yang lekas berlari, Yang lambat merangkak; Yang ikhlas berezeki, Yang jahat tercampak. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Yang keras bertulang, Yang lunak berdaging; Yang ikhlas terbilang, Yang tamak tergiling. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Kalau hendak memikat kedidi, Anak beruk mari dikandang; Kalau ikhlas hendak berbudi, Helah jangan ke lain menyimpang. | Kurik Kundi Merah Saga | Budi |
Kain culas di atas peti, Ditekat jangan diberi jangan; Sudah ikhlas dalam hati, Diumpat jangan dipuji jangan. | Kurik Kundi Merah Saga | Nasihat Nasihat |
Bubuh racun di dalam gelas, Kalau minum tentulah mabuk; Tuan terima dengan ikhlas, Boleh tidak saya nak masuk. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
Kain sarung bunga belais, Dikandung-kandung cuci di kaki; Tunduk terkidum menyapa ikhlas, Barulah sedap rasa di hati. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Berbaju kurung fesyen terkemuka, Tambah cantik tambah bergaya; Jangan murung jangan berduka, Usaha ikhlas pasti berjaya. | Pantun Melayu Sarawak | Nasihat |
Apabila merasa hendak makan, Bawalah beras tanaklah nasi; Bila meminta hendaklah sopan, Supaya ikhlas orang memberi. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Yang naik terus ke atas, Pergi untuk melapangkan dada; Orang baik tulus dan ikhlas, Laki bangkok ditimangnya juga. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |