Tanda tua tahukan diri, Tahu tempat dengan letaknya; Tanda manusia ilmu dicari, Ilmu beradat dengan akhlaknya. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Cik Mail menambat lembu, Dapat seekor ketam bertandan; Cantik puan pakai ilmu, Sungguh ilmu orang tak pandang. | Kurik Kundi Merah Saga | Nasihat Nasihat |
Kalau dikau pergi meramu, Carilah kayu nan lurus-lurus; Kalau dikau menuntut ilmu, Carilah ilmu yang halus-halus. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Mencari ilmu bersungguh hati, Ilmu yang dapat kita amalkan; Terpuji Melayu patuh ke janji, Di situ tempat kita dimuliakan. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Banyaklah temu dicabut orang, Temu berjalin batangnya rapat; Banyaklah ilmu dituntut orang, Ilmu pemimpin jarang didapat. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Mencari ilmu sampai ke lahad, Supaya hidup tak sia-sia; Terpuji Melayu memakai nasihat, Negara tertutup syurga terbuka. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Mencari ilmu hendaklah tekun, Supaya dapat dibuat bekal; Terpuji Melayu hidupnya rukun, Dunia akhirat tidak menyesal. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Mencari ilmu hendaklah tabah, Supaya jangan kita terlantar; Terpuji Melayu akhlaknya indah, Memikul beban kita bersabar. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Mengkaji ilmu hendaklah sampai, Supaya jangan kita tersesat; Terpuji Melayu bijak perangai, Sesama insan kita bersahabat. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Kalaulah cukup ilmu di dada, Banyak negeri dapat ditempuh; Kalaulah hidup mahu bekerja, Anak isteri dapat berteduh. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |