Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[i.ring] | ايريڠ

Definisi : ikut, turut; darah ~ Id darah yg keluar kemudian; ~ gemiring Mn berlinang-linang (air mata); seiring 1. bersama-sama berjalan (bergerak, terbang, dll): kapal terbang jet yg terbang meluru dua ~; 2. = seiringan bersama-sama, sekali, serentak: ~ dgn pemberontakan itu, ahli-ahli parlimen menuntut diadakan perubahan besar perundangan; pemikiran estetik dlm kritikan sastera Melayu boleh dikatakan bermula dlm tahun 50-an juga, iaitu ~ dgn konsep “seni utk seni”; ~ bertukar jalan, seia bertukar sebut prb perihal beberapa orang yg berbeza dlm cakap (bicara) tetapi sama dlm maksud; menohok kawan ~ prb perihal orang yg mencelakakan kawan sendiri; beriring, beriringan berjalan dll bersama-sama, berturut-turut: mereka berjalan ~; beriring-iring, beriring-iringan berjalan dll berturut-turut, berjalan berjajar-jajar: itik ~ menuju ke air; mereka berjalan beriring-iringan; mengiring, mengiringi 1. menemani utk mengawal dll, menyertai, mengikuti: hulubalang yg ~ Bendahara itu ialah Sang Setia, Sang Naya dan Sang Guna; 2. berlaku (terdapat) berserta atau berikutan dgn, menyertai, mengikuti: letupan yg dahsyat itu diiringi oleh dua letupan lagi; catatan yg mengiringi karya-karya mereka; mengiringkan 1. mengiringi: dua laksa orang berkuda ~ dia; segala hulubalang dititahkan baginda ~ Bendahara; 2. menyertakan, memasukkan (bersama-sama): beberapa alasan diiringkan bersama-sama bantahannya; diiringkan menyepak, dikemudiankan menanduk prb perihal sesuatu yg serba menyusahkan; iringan 1. yg mengiringi (mengikuti, menyertai): lagu Melayu asli dgn ~ Orkes Rindu Malam; ~ kata = kata ~ kata aluan (pendahuluan, pengantar) pd buku dll; 2. = iring-iringan arak-arakan, perarakan; pengiringan perihal mengiringi; pengiring orang dll yg mengiring(i), pengikut, peneman: barang-barang yg tidak berkenaan diberikan baginda pd orang muda-muda ~ baginda; lagu ~ dimainkan semula. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[i.ring] | ايريڠ

Definisi : lambung, samping, sisi: sedang mereka berpelukan itu diambillah gambar dr sebelah ~ mereka oleh jurugambar; mengiring 1. dgn lambung (sisi) dihadapkan kpd sesuatu (orang dll): duduknya tidak berhadapan lagi dgn aku, tetapi ~; 2. di atas sisi (samping): letakkan botol itu ~; 3. berbaring di atas sisi (lambung): puas menelentang ia ~, puas ~ ia meniarap; mengiringkan menghadapkan sisi (lambung) kpd sesuatu, membaringkan di atas sisi (lambung): ia ~ badannya mengadap ke sebelah kanan; iringan sisi, lambung, samping: anak itu terlena di ~nya; dia tertimpuh di sebelah ~ datuknya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[i.ring] | ايريڠ

Definisi : ; beriring, beriring-iringan bersama-sama (semasa berjalan dll); berturut-turut: Mereka berjalan ~. mengiring berjalan dsb bersama-sama: Dia ~ saya ke sana. mengiringi 1 berjalan dsb beramai-ramai bersama seseorang utk mengawal dll; menyertai beramai-ramai utk menghormati: Beribu-ribu orang ~ jenazah beliau ke tanah perkuburan. 2 memainkan lagu dgn alat bunyi-bunyian ketika orang bernyanyi dll: Orkestra RTM telah ~ penyanyi itu. iringan sesuatu yg mengiringi (mengikuti dsb): Juara itu menyampaikan sebuah lagu dgn ~ Orkestra RTM. pengiring orang yg mengiring atau mengiringi; pengikut: Hang Tuahlah yg menjadi ketua ~ kpd angkatan diraja itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[i.ring] | ايريڠ

Definisi : bahagian yg di kiri atau yg di kanan sesuatu; sisi. mengiring 1 menghalakan sisinya ke depan: Ketika bergambar tadi, dia duduk ~. 2 berbaring di atas sisi atau lambungnya: Puas meniarap, dia ~, puas ~, dia menelentang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
iring
Kata Terbitan : seiring, beriringan, mengiringi, iringan, iring-iringan, pengiring,


Pantun

PantunSumberTema
Barangkali pandan berbuah, Hanyut ke laut beriring-iring; Barangkali badan bertuah, Hanyut ke laut dampar ke Siring.Kurik Kundi Merah SagaPerantauan

Kembali ke atas