Adat Melayu pantang berdendam, Orang pendendam hati berbulu; Jahatlah laku menentang Islam, Menentang Islam mati terpalu. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Sungai Tompok airnya dalam, Sungguh dalam bercampur pasir; Orang Tompok banyak Islam, Sungguh Islam bercampur kafir. | Kurik Kundi Merah Saga | Agama |
Tanda adat bersendi syarak, Ajaran berisi akidah Islam; Tanda umat berbudi akhlak, Pantang sekali bermuka masam. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Banyaklah solat di bulan Ramadan, Bulan puasa umat Islam; Banyaklah sahabat menjadi teladan, Teladan utama sahabat Muhammad. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Tanda ayam ada berinduk, Sifat serai ada berumpun; Tanda Islam adat dipeluk, Adat dipakai bersopan santun. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Orang bersalam di dalam perahu, Makan ubi dengan kurma; Orang Islam hendaklah tahu, Bilangan nabi dua puluh lima. | Kurik Kundi Merah Saga | Agama |
Kalau dibentang baju bersulam, Luruh buahnya beri bersemak; Kalau orang mengaku Islam, Turutlah sunah Nabi Muhammad. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Kalau perahu puan tenggelam, Anak buaya pandai berenang; Kalau dah tahu cara Islam, Bolehlah abang tolong ajarkan. | Kurik Kundi Merah Saga | Agama |
Encik Akop menggali kolam, Delima batu dipenggal-penggal; Kalau dah sanggup jadi Islam, Lima waktu jangan ditinggal. | Kurik Kundi Merah Saga | Agama |
Terang bulan muka diukir, Minyak penawar di dalam cangkir; Anak siapa berjanji mungkir, Anak Islam menjadi kafir. | Kurik Kundi Merah Saga | Agama |