Senyap sunyi istana raja, Kerana beliau pergi berburu; Setiap hari hamba berdoa, Semoga engkau sudi menunggu. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Kain berlipat dalam istana, Pakaian puteri raja kayangan; Sepatah nasihat ilmu yang berguna, Secubit budi jadi kenangan. | Kurik Kundi Merah Saga | Budi |
Hari raya sembahyang raya, Raja berangkat dari istana; Dari daya dan upaya, Tiada rotan akar berguna. | Kurik Kundi Merah Saga | Peribahasa |
Burung disebut si burung merak, Menjadi ratu istana rimba; Untung sabut timbul nampak, Untung batu tenggelam hamba. | Kurik Kundi Merah Saga | Peribahasa |
Budak-budak bermain api, Pasang lilin dalam istana; Kalaulah adik berani mati, Abanglah hendak mati bersama. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Baru kembang bunga seroja, Sudah ada orang mencuri; Besar-besar istana raja, Kecil-kecil pondok sendiri. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |