Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[i.tu.lah] | ايتوله

Definisi : demikian halnya (akibatnya): ~ kalau suka main judi, ~ anak yg nakal. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata itulah

Puisi
 

Ada kerusi ada meja,
     Itulah tempat membasuh kaki;
Ada budi ada bahasa,
     Itulah tempat ditaruh hati.


Lihat selanjutnya...(25)
Peribahasa

Barang yang dikata,
     itulah kota.

Bermaksud :

Janji hendaklah ditepati. (Peribahasa lain yang sama makna: Siapa yang berkata harus berkota).

 

Lihat selanjutnya...(6)


Pantun

PantunSumberTema
Lagi berbuah lagi berduri, Itulah nama asam paya; Lagi bertuah lagi berbudi, Itulah nama orang kaya.Kurik Kundi Merah SagaBudi
Ada kerusi ada meja, Itulah tempat membasuh kaki; Ada budi ada bahasa, Itulah tempat ditaruh hati.Kurik Kundi Merah SagaBudi
Bila bintang tidak berseri, Itulah tanda hari kan hujan; Apabila abang tidak peduli, Tentulah hamba mencari kawan.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Bila menimbang sama berat, Itulah tanda orang yang bijak; Apabila abang sudah sepakat, Lapanglah dada tenanglah otak.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Hormat dulu diri sendiri, Itulah tanda orang yang mulia; Jangan dikejar gunung yang berlari, Hilang kabus nampaklah dia.Kurik Kundi Merah SagaPeribahasa
Apa bunyi berderang-derang, Itulah bunyi kulit kerang; Ingat bimbang zaman sekarang, Sedikit yang betul banyak yang kurang.Kurik Kundi Merah SagaNasihat Nasihat
Begitu juga keropok tenggiri, Hasil produk ahli pesara; Itulah wajah anak Negeri, Setia berkorban untuk Negara.Pantun Melayu SarawakNasihat
Pohon semancun tinggi sehasta, Tempatlah budak berjuntai kaki; Itulah pantun bukankah kata, Bukannya budak tidak mengerti.Kurik Kundi Merah SagaAdat
Kemuning dibuatkan bendul, Semakin ditarah semakin baru; Nasi kuning berpagar telur, Itulah makanan pengantin baru.Kurik Kundi Merah SagaAdat
Tudung dipakai kain cita, Kain murah kain kudi; Tolong menolong budaya kita, Itulah amalan orang berbudi.Pantun Melayu SarawakBudi
123

Kembali ke atas