Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ja.di] | جادي

Definisi : 1. (sebenarnya) berlaku, sebenarnya (benar-benar) melakukan sesuatu, ber­lang­sung: Ali ~ pergi ke Ipoh; 2. berhasil, berjaya: akhirnya ~ juga pekerjaan itu; 3. selesai (dikerjakan); tidak ~ gagal, tidak berhasil; 4. lahir, dilahirkan; hari ~ a) hari dilahirkan; b) Id hari natal (Krismas); sejalan ~ saudara seibu; semula ~ sejak lahir (bkn bakat dll); 5. = jadinya kerananya, kerana itu: ibunya sakit, ~ terpaksalah dia pulang; 6. = jadilah (ber)setuju: dia ~ hendak membeli tanah itu dgn harga yg ditetapkan; kalau begitu, ~; 7. bertukar kpd: sepatutnya boleh sampai ke rumah dlm masa setengah jam, tetapi sekarang sudah ~ dua jam; 8. sudah siap (dibuat), sudah selesai: baju yg sudah ~; boleh ~ mungkin, barangkali; ~ alas cakap = ~ pelapik kaki prb hadiah (sagu hati) yg diberi kpd seseorang yg telah berjasa; ~ air mandi prb perkara yg sudah menjadi kebiasaan; ~ bapa kuda prb orang lelaki yg suka berkahwin di sana sini dan bersenang-senang tanpa membuat sesuatu pekerjaan; ~ bumi langit prb orang yg sangat diharapkan; ~ dinding lasak peti manian prb orang yg menjadi harapan raja; ~ kuda beban prb orang suruhan; ~ penghubung kaki ta­ngan = ~ penghubung mata telinga prb tempat harapan yg selalu memberi per­to­longan; ~ penghubung hujung lidah (mulut) prb orang yg menyampaikan pe­sanan sese­orang; ~ teluk olakan air prb perdebatan yg hanya berkisar pd satu masalah; lubuk ~ pan­tai, pantai ~ lubuk prb nasib manusia itu tidak tetap, ada kalanya senang, ada kalanya susah; sejadinya asalnya (semula jadi): akal ma­nusia dgn keadaan ~ mengandungi se­bahagian drpd makrifat semula jadi; sejadi-jadi, sejadi-jadinya sekuat-kuat­nya, sekeras-kerasnya: berteriak ~; menjadi 1. utk dikenali (diiktiraf, dianggap, dll) sbg, utk memegang jawatan (peranan dll) sbg: dia terpilih ~ ratu kebaya; dilantik ~ penge­rusi jawatankuasa; 2. bekerja (berlaku, bertindak, memegang jawatan, dll) sbg: dialah yg ~ ketua dlm kumpulan itu; 3. bertukar atau beralih kpd sesuatu keadaan (bentuk dll): tempat yg kesibukan itu ~ lengang selepas pergaduhan itu; air yg tadinya jernih, kini ~ keruh; 4. berjaya spt yg diharap-harapkan: dia begitu bangga sekarang kerana anak-anaknya semuanya ~, dua orang menjadi doktor, dua orang guru, seorang peguam, dan seorang lagi pengurus bank; 5. men­jelma sbg; menjadi-jadi, berjadi-jadi bertambah-tam­­bah (banyak, besar, hebat, keras, dll): setelah kena hujan demamnya ~; menjadikan 1. membuat: mereka bersorak-sorak, ~ suasana hingar bingar; 2. menye­bab­kan: kelakuan beginilah yg selalu ~ orang tua kamu susah; 3. menimbulkan: kelewatan penyanyi itu telah ~ keadaan huru-hara; 4. mencipta, mewujudkan: Tuhanlah yg ~ alam semesta ini; 5. mengangkat (memilih) sbg: majikannya telah ~nya pengawas­ perusa-haan itu; terjadi (sudah) berlaku (dibuat, dijadikan, dll): kebakaran itu ~ disebabkan oleh ke­rosakan elektrik; ~ drpd Id terdiri (ter­bentuk) drpd: bahan itu ~ drpd beberapa unsur; jadi-jadian, jadian 1. manusia yg boleh mengubah dirinya menjadi binatang (ter­utamanya harimau): harimau ~; ilmu ~ ilmu yg membolehkan seseorang itu mengubah diri menjadi binatang dll; 2. nampak tidak spt yg sebenarnya: bunga ~;kejadian 1. perkara yg berlaku, peristiwa: polis telah menyiasat ~ itu; 2. perihal ter­jadinya atau dijadikan, kelahiran: ~ langit dan bumi; ilmu ~ pengetahuan utk mengenal tumbuh-tumbuhan dan hidup-hidupan; 3. Id (sudah) berlaku, terjadi: hal itu boleh ~ pd setiap orang; hal-hal yg ~ di merata tempat; penjadian perihal (proses) menjadikan, pen­ciptaan, pewujudan; penjadi ark orang dll yg membuat (men­jadikan) sesuatu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ja.di] | جادي

Definisi : 1 selesai dikerjakan; berlaku; berjaya: ~ juga penganan yg saya buat itu. boleh ~ mungkin; barangkali; tidak ~ gagal; tidak berhasil. 2 lahir, dilahirkan: hari ~. 3 = jadinya oleh sebab itu; akibatnya: Hari hujan, ~ tidak dapatlah kita menjemur padi. 4 bersetuju: Dia ~ membeli rumah itu. menjadi 1 dipilih atau diangkat sbg; bekerja atau bertindak sbg: Ia ~ juruacara pd malam itu. 2 berubah kpd rupa (keadaan, bentuk dll) yg lain: Dgn galakan itu, ia ~ lebih rajin sekarang. 3 hidup (tumbuh) dgn suburnya; mendatangkan hasil yg banyak: Sawahnya ~ tahun ini. menjadi-jadi bertambah-tambah (banyak, besar dll); makin bertambah: Kerana angin kencang, kebakaran itu pun ~. menjadikan 1 menggunakan sbg; membuat: Mereka telah ~ gua itu tempat persembunyian mereka. 2 melantik atau mengangkat sbg: Guru Besar telah ~ dia ketua murid. 3 menyebabkan; menimbulkan: Kematian anaknya yg sulung itu ~ dia selalu termenung. 4 mencipta; mewujudkan: Tuhanlah yg ~ kita semua. terjadi sudah berlaku: Pembunuhan itu ~ di sebuah kedai kopi yg berhampiran dgn rumah saya. jadi-jadian 1 manusia yg dpt menjelma sbg binatang (terutama menjadi harimau): harimau ~ orang yg menjelma menjadi harimau. 2 bukan keadaan atau bukan rupa yg sebenarnya; kelihatan saja: bunga ~. kejadian 1 perkara yg berlaku; peristiwa: ~ itu sangat mengerikan. 2 keadaan menjadi; perihal jadi atau dijadikan: ~ manusia; ilmu ~ pengetahuan utk mengenal tumbuh-tumbuhan atau hidup-hidupan. 3 sudah berlaku; terjadi: Perkara rasuah ~ di mana-mana. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
jadi (kata kerja)
Bersinonim dengan berhasil, berjaya;,
Kata Terbitan : sejadi-jadinya, menjadi, menjadi-jadi, menjadikan, terjadi, jadian, jadi-jadian, kejadian,

Puisi
 

Kalau mandi abang kini,
     Letakkan dastar atas batu;
Kalau jadi-jadi begini,
     Belikan kita sehelai baju.


Lihat selanjutnya...(171)
Peribahasa

Jadi penghubung kaki tangan.

Bermaksud :

Tempat harapan atau kepercayaan yang selalu memberi pertolongan.

 

Lihat selanjutnya...(79)


Pantun

PantunSumberTema
Kalau mandi abang kini, Letakkan dastar atas batu; Kalau jadi-jadi begini, Belikan kita sehelai baju.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Sejak pepuyu jadi kerani, Limbat pun banyak jadi pesuruh; Sejak penghulu jadi berjudi, Umat pun banyak mati bergaduh.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Kalau padi katakan padi, Jangan saya tertampi-tampi; Kalau jadi katakan jadi, Jangan saya ternanti-nanti.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Terap jatuh menimpa dahan, Buah kedondong kelapa mawar; harap kami kepada tuan, Jadi pelindung jadi penawar.Pantun Melayu SarawakSetia Bangsa
Gugur jadi tanah, Tumbuh jadi tebu; Duduk dalam rumah, Tolong ayah ibu.Pantun Melayu SarawakJati Diri
Sejak pepuyu jadi almarhum, Udang pun banyak pergi menengok; Sejak penghulu jadi peminum, Orang pun banyak jadi pemabuk.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Kalau memikat burung bayan, Jangan pula dijual beli; Biar jadi telinga tempayan, Jangan jadi telinga kuali.Kurik Kundi Merah SagaPeribahasa
Kalau hendak membeli kain, Jangan dibeli kain lusuh; Kalau awak jadi pemimpin, Jangan jadi pemimpin bodoh.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Banyak kelawar terbang petang, Singgah makan bunga durian; Banyak bersabar jadi perangsang, Besarkan anak jadi pahlawan.Pantun Melayu SarawakNasib
Anak raja turun menjala, Dapat seekor ikan haruan; Gunung yang mana jadi paya, Laut mana jadi daratan?Kurik Kundi Merah SagaKiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran
12345678910...

Kembali ke atas