Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata jadikan

Puisi
 

Tumbuk beras jadikan tepung,
     Buat mari kuih kelepong;
Ribut sampai taufan pun kepung,
     Doa yang mana boleh tolong?


Lihat selanjutnya...(10)

Pantun

PantunSumberTema
Jadikan dengan air manggis, Buah delima di dalam puan; Mintalah nisan di jari manis, Mintalah mati bersama tuan.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Tumbuk beras jadikan tepung, Buat mari kuih kelepong; Ribut sampai taufan pun kepung, Doa yang mana boleh tolong?Kurik Kundi Merah SagaAgama
Buah anggur buah berangan, Jadikan dengan si buah manggis; Minta kubur di tapak tangan, Mintalah nisan si jari manis.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
jika memetik buah petola, Ambil biji jadikan benih; Jika keruh air di kuala, Seribu tahun tidakkan jernih.Pantun Melayu SarawakNasihat
Sapa-sapa di tepi mahligai, Urat nanas jadikan ijuk; Ilmu apa adik pakai, Hati yang panas menjadi sejuk.Kurik Kundi Merah SagaNasihat Nasihat
Tetak buluh buat panah, Hendak panah kuda berlari; Minta laut jadikan tanah, Senang abang berulang ke mari.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Kenapa pecah piringku itu, Pecah ditatang di tapak tangan; Jalak biring jadikan satu, Tedung ada tunggu di laman.Kurik Kundi Merah SagaKepahlawanan
Anak dara menumbuk pandan, Membuat kuih hidangan kenduri; Ilmu yang baik jadikan teladan, Segala yang buruk letak ke tepi.Kurik Kundi Merah SagaNasihat Nasihat
Ayam mengeram di dalam sarang, Terbang ibunya makan padi; Hutan ditebas jadikan padang, Kenapa lalang tumbuh lagi?Kurik Kundi Merah SagaKiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran
Dari teluk pergi ke pekan, Singgah bermalam di Batu Lima; Sekalian makhluk Tuhan jadikan, Kaya miskin dipandang sama.Kurik Kundi Merah SagaAgama
12

Kembali ke atas