Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : kerananya, kerana itu: ibunya sakit, ~ terpaksalah dia pulang; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata jadinya

Peribahasa

Ditetak belah dipalu belah,
     tembikar juga akan jadinya.

Bermaksud :

Walau diseksa atau disakiti sekalipun, namun kesudahannya menjadi mayat juga.

 

Lihat selanjutnya...(8)

512

A shut mouth catches no flies

Lebih wajar berdiam diri daripada terus berkata-kata supaya konflik dapat dielakkan

Dikulum menjadi manikam, dimuntah jadi sekam

As my wife is usually irritable upon returning from work, I refrain myself from arguing her. She turns our house topsy-turvy if I open my mouth. A shut mouth catches no flies.

Memandangkan isteriku lekas naik marah sekembalinya dari tempat kerja, aku menahan diriku daripada bertengkar dengannya. Rumahku akan jadi porak-peranda jadinya jika aku membuka mulut. Dikulum menjadi manikam, dimuntah jadi sekam.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(3)

Pantun

PantunSumberTema
Ditebang tidak tertebang, Ditebas juga akan jadinya; Diempang tidak terempang, Dilepas juga akan jadinya.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Patahlah kaki induk siamang, Usai menangis tidur jadinya; Patahlah hati Datuk Lubalang, Misainya habis dicukur bininya.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Mengapa kakinya menjadi bengkok, Terpijak jarum bengkak jadinya; Mengapa bininya menjadi mabuk, Tak tahan mencium ketiak lakinya.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Walau banyak cawan dijual, Harga murah cepat larisnya; Walau banyak kawan berbual, Bersua janda cepat jadinya.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Kalau bertanak jangan menggulai, Kalau menggulai mentah asyiknya; Kalau gelap nak jangan menggilai, Kalau menggilai susah jadinya.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan

Kembali ke atas