Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ja.gung] | جاݢوڠ

Definisi : sj tumbuhan yg buahnya bertongkol dan berbijirin yg boleh dimakan, Zea mays; setahun ~ = seumur ~ a) lebih kurang 100 hari (tiga bulan); b) terlalu muda; berjagung-jagung; baik ~ sementara padi belum masak prb sementara menunggu se­suatu yg lebih baik, yg kurang baik pun boleh dipakai dahulu; menjagung 1. menyerupai biji jagung; 2. mulai tumbuh (padi, gigi, penyakit cacar, dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ja.gung] | جاݢوڠ

Definisi : nama sj tanaman atau buahnya (buahnya bertongkol dan bijinya boleh dimakan), Zea mays. setahun ~, = seumur ~ a. terlalu muda. b. ± 100 hari atau 3 bulan. menjagung menyerupai biji jagung; mula tumbuh (penyakit cacar, gigi dll). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata jagung

Puisi
 

Kalau tuan makan jagung,
     Jagung dimakan burung merpati;
Kita ini sama berpantun,
     Pantun kita mohon berhenti.


Lihat selanjutnya...(17)
Peribahasa

Padi masak,
     jagung mengupih.

Bermaksud :

Keuntungan yang berlipat ganda. mengupih = sudah tua.

 

Lihat selanjutnya...(8)


Pantun

PantunSumberTema
Pergi ke darat menebang jagung, Jagung ditebang sambil berdiri; Pipit menangis nak makan jagung, Bukannya patuk makan sendiri.Kurik Kundi Merah SagaJenaka
Kalau tuan makan jagung, Jagung dimakan burung merpati; Kita ini sama berpantun, Pantun kita mohon berhenti.Kurik Kundi Merah SagaAdat
Bukan jagung sebaranglah jagung, Kacang melilit di batang aru; Bukannya datang sebarang kampung, Datang menghibur hati yang baru.Kurik Kundi Merah SagaAdat
Buah jagung dibuat bubur, Tambah gula lebih perisa, Tidak sombong tidak takbur, Tambah elok berbudi bahasa.Pantun Melayu SarawakNasihat
Tokai jagung biar jarang, Biar senang puyuh berlari; Tanya bulan kepada bintang, Mana terbit matahari?Kurik Kundi Merah SagaKiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran
Kalau tidak jagung berkulit, Boleh direndang dalam kuali; Kalau tidak tanjung berkelit, Boleh berkunjung petang pagi.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Jangan diharap jagung kerbang, Entahkan berbuah entahkan tidak; Jangan diharap burung terbang, Entahkan singgah entahkan tidak.Kurik Kundi Merah SagaNasihat Nasihat
Dua kali jagung berbuah, Melilit mari batang padi; Tidak kutakut terkena marah, Syukur kudapat si jantung hati.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Waktu menteri berjaja jagung, Orang menangis mengurut dada; Pilulah hati dara sekampung, Bujangnya habis disikat janda.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Perahu Banjar membawa jagung, Badai tiba banyak terbuang; Malu belajar kepala kosong, Sampai tua diperbudak orang.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
123

Kembali ke atas