Apabila meniup api di tungku, lngat-ingat terpercik kening; Apabila hidup hati berbulu, Niat jahat hati pun runsing. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Bagaimana makan takkan perisa, Nasi hangat gulai pun lemak; Bagaimana badan takkan binasa, Hati jahat perangai pun rosak. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Minumlah kopi tidak bergula, Pahit-pahit diminum juga; Jikalau sudah hati gila, Jahat dan baik kutolong juga. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Apa dirisau abang diikat, Oleh membeli jeragan keli; Sudah hati adik terpikat, Jahat abang tidak peduli. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Taat umat memegang adat, Ke mana pergi tidak terlantar; Sifat jahat dibuang cepat, Supaya hati tidak terbakar. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Taat umat memegang adat, Ke mana pergi tidakkan malu; Sifat jahat dibuang cepat, Supaya hati tidak berbulu. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Batu Pahat Sungai Kundur, Tempat tumbuh paku dulang; Kalau jahat baiklah undur, Jangan menyakit hati orang. | Kurik Kundi Merah Saga | Nasihat Nasihat |