| Adat Melayu pantang meninggi, Meninggikan diri tanda takbur; Jahatlah laku melupakan budi, Hutang budi sampai ke kubur. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
| Adat Melayu pantang berkasar, Berlaku kasar sifatnya iblis; Jahatlah laku orang pengingkar, Berlaku ingkar adat terkikis. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
| Adat Melayu pantang berzina, Berbuat zina dosanya besar; Jahatlah laku membuang sumpah, Khianat ke sumpah tuahnya pudar. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
| Adat Melayu pantang berjudi, Judi sabung membawa laknat; Jahatlah laku membuang kaji, Kaji dibuang binasalah umat. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
| Adat Melayu pantang meminta, Meminta sedekah runtuh martabat; Jahatlah laku orang pendusta, Suak berdusta menjauh sahabat. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
| Adat Melayu pantang berdendam, Orang pendendam hati berbulu; Jahatlah laku menentang Islam, Menentang Islam mati terpalu. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
| Adat Melayu pantang bergaduh, Suka bergaduh hatinya busuk; Jahatlah laku orang bermusuh, Suka bermusuh kepalanya pesuk. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
| Adat Melayu pantang mendengki, Orang pendengki hidup gelisah; Jahatlah laku orang pengeji, Orang pengeji dikutuk Allah. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
| Adat Melayu pantang berkeras, Keras dan paksa sifatnya syaitan; Jahatlah laku orang pemeras, Memeras bangsa dilaknat Tuhan. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |