Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata jala jala

Puisi
 

Jala rambang berantai timah,
     Hendak menebar laut Melaka;
Mata rambang hendaklah diubah,
     Jikalau tidak badan binasa.


Lihat selanjutnya...(14)
Peribahasa

Sambang penuh jala terletak,
     laut kering ikan mengempas.

Bermaksud :

Usaha yang berhasil dengan baik sekali. sambang = keruntung ikan.

 

Lihat selanjutnya...(7)


Pantun

PantunSumberTema
Hendak menjala jala tersangkut, Jala baru dikibar juga; Hendak mencuba hatiku takut, Hati takut dicuba juga.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Sungguh elok merentang jala, Merentang jala tak ada basahnya; Sungguh elok orang nan gila, Orang gila tak ada susahnya.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Jala rambang berantai timah, Hendak menebar laut Melaka; Mata rambang hendaklah diubah, Jikalau tidak badan binasa.Kurik Kundi Merah SagaNasihat Nasihat
Bagaimana jala tidakkan koyak, Jala direntang kaki terpuruk; Bagaimana kepala tidakkan botak, Mentua garang bini perajuk.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Kalau jala nan tidak kembang, Bila kembang adik kembangkan, Sampan bertuah kita meramu; Kalau nyawa nan tidak hilang, Kalau tak hilang adik sabarkan, Badan bertuah kita bertemu.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Bagaimana jala tidakkan koyak, Tali pengikat kena ranting; Bagaimana kepala tidakkan botak, Bini empat semuanya bunting.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Bagaimana jala tidakkan koyak, Dikait galah buluh berduri; Bagaimana kepala tidakkan botak, Duit punah nikah tak jadi.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Jika jala tidak ditebar, Manakan dapat ikan tenggiri; Jika adinda tidak sabar, Manakan dapat abang menanti.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Memang jala menangkap ikan, Pasir kita tempat bermain; Memang saya nak tunjukkan, Kalau berani mari bermain.Kurik Kundi Merah SagaKepahlawanan
Apabila menebar jala, Lama-lama dapat ikan; Apabila besar kepala, Lama-lama dapat lawan.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
1234

Kembali ke atas