Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ja.la.ja.la] | جالا٢

Definisi : , jejala sesuatu yg menyerupai jala (kisi-kisi dll), bahagian atau dinding rumah yg berlubang-lubang (berkerawang dll) tempat angin masuk; ~ rambut jala rambut; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ja.la.ja.la] | جالا٢

Definisi : , jejala sesuatu yg menyerupai jala: dawai ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata jala-jala

Puisi
 

Jala rambang berantai timah,
     Hendak menebar laut Melaka;
Mata rambang hendaklah diubah,
     Jikalau tidak badan binasa.


Lihat selanjutnya...(14)
Peribahasa

Sambang penuh jala terletak,
     laut kering ikan mengempas.

Bermaksud :

Usaha yang berhasil dengan baik sekali. sambang = keruntung ikan.

 

Lihat selanjutnya...(7)


Pantun

PantunSumberTema
Hendak menjala jala tersangkut, Jala baru dikibar juga; Hendak mencuba hatiku takut, Hati takut dicuba juga.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Sungguh elok merentang jala, Merentang jala tak ada basahnya; Sungguh elok orang nan gila, Orang gila tak ada susahnya.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Jala rambang berantai timah, Hendak menebar laut Melaka; Mata rambang hendaklah diubah, Jikalau tidak badan binasa.Kurik Kundi Merah SagaNasihat Nasihat
Bagaimana jala tidakkan koyak, Jala direntang kaki terpuruk; Bagaimana kepala tidakkan botak, Mentua garang bini perajuk.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Kalau jala nan tidak kembang, Bila kembang adik kembangkan, Sampan bertuah kita meramu; Kalau nyawa nan tidak hilang, Kalau tak hilang adik sabarkan, Badan bertuah kita bertemu.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Bagaimana jala tidakkan koyak, Tali pengikat kena ranting; Bagaimana kepala tidakkan botak, Bini empat semuanya bunting.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Bagaimana jala tidakkan koyak, Dikait galah buluh berduri; Bagaimana kepala tidakkan botak, Duit punah nikah tak jadi.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Jika jala tidak ditebar, Manakan dapat ikan tenggiri; Jika adinda tidak sabar, Manakan dapat abang menanti.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Memang jala menangkap ikan, Pasir kita tempat bermain; Memang saya nak tunjukkan, Kalau berani mari bermain.Kurik Kundi Merah SagaKepahlawanan
Apabila menebar jala, Lama-lama dapat ikan; Apabila besar kepala, Lama-lama dapat lawan.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
1234

Kembali ke atas