Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[jam.ba.tan] | جمبتن

Definisi : 1. titi yg besar (yg dibuat drpd kayu atau batu) utk lalu lintas menye­berangi sungai, jalan kereta api dll; 2. ki peng­hubung, perantara: peranan saya ialah sbg ~ utk menghubungkan kesarjanaan saya dgn dunia politik saudara; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[jam.ba.tan] | جمبتن

Definisi : 1 titi besar yg dibina merentangi sungai dll utk lalu lintas kenderaan dan manusia: ~ gantung jambatan yg menggunakan tali utk menghubungkan kedua-dua belah tebing; ~ pelampung jambatan yg terapung di atas air. 2 ki orang dsb yg menghubungkan dua pihak; perantara; penghubung. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
jambat
Kata Terbitan : jambatan,

Puisi
 

Labuan jambatan batu,
     Tempat mengisi tudung pelikat;
Dari tuan dulu satu,
     Nyawa di badan disimpan lipat.


Lihat selanjutnya...(19)
Peribahasa

Menyeberangi jambatan emas.

Bermaksud :

Berjuang untuk mencapai kebahagiaan bagi nusa dan bangsa.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Pantun

PantunSumberTema
Hendak berjalan jambatan panjang, Orang bertukang jambatan roboh; Adik berdoa umur panjang, Selagi hayat kita berjodoh.Kurik Kundi Merah SagaAgama
Labuan jambatan batu, Tempat mengisi tudung pelikat; Dari tuan dulu satu, Nyawa di badan disimpan lipat.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Sudah tahu jambatan licin, Apa guna main kuda; Sudah tahu saya miskin, Apa guna bermain muda.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Pohon pinang jambatan mandi, Kain ini kain kubeli; Kasih kupinang mengikat janji, Main ini main mencuri.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Pergi berjalan jambatan panjang, Buat ketupat dimakan Mak Usu; Mudah-mudahan umur panjang, Ada hayat kita bertemu.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Orang berlakon Jambatan Koleh, Gereja hangus dimakan api; Kalau dilepas memang tak boleh, Di atas tangga berhayun kaki.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Hempas-hempas jambatan pulih, Ikat gagak dimakan api; Hitam lepas putih tak boleh, Buang tangga berhayun kaki.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Duduk-duduk atas jambatan, Budak-budak membelah rotan; Baik dibuang segala muatan, Datang barat campur selatan.Kurik Kundi Merah SagaNasihat Nasihat
Budak-budak atas jambatan, Campak batu seorang satu; Ramai duduk di medan, Campak pantun seorang satu.Kurik Kundi Merah SagaAdat
Kamek mencuba sirih, Sirih dijual jambatan panjang; Cantik molek kamek tak pilih, Kasarlah jangan resmi orang.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
12

Kembali ke atas