Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata jambi

Puisi
 

Pangeran duduk di Jambi,
     Puyuh maharam di atas padi;
Sangat hairan di hati kami,
     Guruh menderam hujan tak jadi.


Lihat selanjutnya...(10)

Pantun

PantunSumberTema
Dari Jambi ke Jakarta, Bawa burung dalam sangkar; Manisnya janji selembut kata, Janji terlerai hutan terbakar.Pantun Melayu SarawakUmum
Sumatera berjerbu Jambi berjerebu, Hutan terbakar musim kemarau; Rasa sayu hatiku pilu, Mendengar khabar dari perantau.Pantun Melayu SarawakSerumpun Senada
Jika ke Jambi sampaikan pesan, Dari Kalimantan hendak ke Jakarta; Jika dengki tiada batasan, Syaitan bertahta di kelopak mata.Pantun Melayu SarawakNasihat
Menangkap buaya orang Jambi, Buaya ditangkap di pintu kuala; Sudahlah kaya pandai berbudi, Bagailah mana hati tak gila.Kurik Kundi Merah SagaBudi
Pangeran duduk di Jambi, Puyuh maharam di atas padi; Sangat hairan di hati kami, Guruh menderam hujan tak jadi.Kurik Kundi Merah SagaKiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran
Tengku Pangiran Datuk di Jambi, Naik ke darat mencari getah; Berasa hairan di hati kami, Hujan lebat tanah tak basah.Kurik Kundi Merah SagaKiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran
Sangat hairan datuk di Jambi, Puyuh mengeram di atas getah; Sangat hairan di hati kami, Hujan menderam tanah tak basah.Kurik Kundi Merah SagaKiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran
Kalau tuan pergi ke Jambi, Lipat kajang kemas-kemas; Kalau tuan hendakkan kami, Carikan kijang bertanduk emas.Kurik Kundi Merah SagaKiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran
Hujan lebat di tanah Jambi, Naik ke darat bertanam getah; Sangat hairan di hati kami, Hujan lebat haram tak basah.Kurik Kundi Merah SagaKiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran
Datuk Pangeran masuk ke Jambi, Naik ke darat memotong getah; Sangat hairan di hati kami, Hujan lebat tanah tak basah.Kurik Kundi Merah SagaKiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran
12

Kembali ke atas