Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ja.mu.ja.mu] | جامو٢

Definisi : sj tumbuhan (pokok renek), be­beras padi, mesirah hutan, Aprosa microcalyx. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ja.mu.ja.mu] | جامو٢

Definisi : , jejamu sj ubat yg dibuat drpd berbagai-bagai akar dan daun kayu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata jamu-jamu

Puisi
 

Gendang bertabuh tigalah bangsal,
     Jamu-berjamu semangkuk jeluk;
Nak menambat kasih yang tunggal,
     Macam ikan balik ke lubuk.


Lihat selanjutnya...(4)
Peribahasa

Bagai bertandang ke rumah janda.

Bermaksud :

Bertamu ke rumah orang yang tidak memberi jamu apa-apa. (Peribahasa lain yang sama makna: Bagai ayam naik ke surau).

 

Lihat selanjutnya...(3)


Pantun

PantunSumberTema
Buah labu masak, Masak hujung julai; Apa jamu kakak, Jamu nasi gulai.Kurik Kundi Merah SagaJenaka
Rempah ratus dibuat jamu, Ubat Melayu dari Samarang; Sebelum tua carilah ilmu, Bekalan hidup semua orang.Pantun Melayu SarawakNasihat
Waktu hendak berhelat jamu, Kain dipakai baju dicari; Baru tegak menyambut tamu, Kain terburai tamu pun lari.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Gendang bertabuh tigalah bangsal, Jamu-berjamu semangkuk jeluk; Nak menambat kasih yang tunggal, Macam ikan balik ke lubuk.Kurik Kundi Merah SagaPeribahasa
Nasi kuning semangkuk sabun, Mari jamu Raja Cina; Putih kuning bunga di kebun, Kembang sekuntum orang yang punya.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Mulia umat kerana beradat, Adat dipakai berhelat jamu; Bila muafakat tuah melekat, Hidup beramai umat bersatu.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Riuh-rendah bunyinya gendang, Tanda orang berhelat jamu; Hatiku gundah menanti abang, Bilakah gerangan dapat bertemu.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Belilah kain serta selendang, Untuk dipakai ke helat jamu; Hatiku ingin menyapa abang, Orang ramai rasanya malu.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Belilah baju serta selendang, Dapat dipakai ke helat jamu; Hatiku rindu kepada abang, Hajat sampai dapat bertemu.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Minum makan orang di balai, Kenduri besar berhelat jamu; Belum kupesan sudah sampai, Hati berdebar bercampur malu.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
12

Kembali ke atas