Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : a) mesti, tidak boleh tidak; b) tidak dgn sepenuh hati (memĀ­buat sesuatu pekerjaan dsb), acuh tak acuh; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : a) tidak boleh tidak, harus; b) tidak dgn sungguh-sungguh; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
tidak (kata tugas)
Bersinonim dengan bukan, tiada, tak, enggak, negatif;,
Kata Terbitan : tidak-tidak, setidak-tidaknya, menidakkan,

Puisi
 

Kalau dedak kata dedak,
     Jangan saya tertampi-tampi;
Kalau tidak kata tidak,
     Jangan saya ternanti-nanti.


Lihat selanjutnya...(47)
Peribahasa

Jikalau tiada dapat dibaiki,
     jangan pula dipecahkan.

Bermaksud :

Jangan rosakkan (mencela) perkara yang tidak kita ketahui.

 

Lihat selanjutnya...(29)


Pantun

PantunSumberTema
Orang kaya naik pedati, Ketawa jangan tidak berhenti; Saya berjaya masuk universiti, Awak tinggal cekalkan hati.Pantun Melayu SarawakNasihat
Sayang mengkodok di tanjung-tanjung, Sayang lengkuas di padang-padang; Jangan tidak cuba berlindung, Supaya puas kita berpandang.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Kalau dedak kata dedak, Jangan saya tertampi-tampi; Kalau tidak kata tidak, Jangan saya ternanti-nanti.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Jangan diharap jagung kerbang, Entahkan berbuah entahkan tidak; Jangan diharap burung terbang, Entahkan singgah entahkan tidak.Kurik Kundi Merah SagaNasihat Nasihat
Jangan diharap padi seberang, Entah bertuai entah tidak; Jangan diharap cinta orang, Entah bercerai entah tidak.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Supaya tangan tidak terluka, Jangan dipegang hulunya kapak; Supaya Tuhan tidak murka, Jangan disakiti ibu dan bapak.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Kalau kita tidak bersuluh, Jangan takut berjalan malam; Kalau kita tidak bermusuh, Jangan takut makan setalam.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Kalau kita tidak bergalah, Jangan takut membentang kajang; Kalau kita tidak bersalah, Jangan takut ditentang orang.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Walaupun parang tidak berhulu, Jangan pula disia-siakan; Walaupun orang tidak bermalu, Jangan pula dihina-hinakan.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Jika dayung tidak kuat, Jangan harap sampai ke seberang; Jika kampung tidak beradat, Jangan harap dihargai orang.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
1234567

Kembali ke atas