Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata janganlah

Puisi
 

Janganlah kesal berhari-hari,
     Bertimbal turun ke mata;
Barang salah menyusun jari,
     Junjung dengan tutur kata.


Lihat selanjutnya...(45)
Peribahasa

Biarlah mati di mata pedang,
     janganlah mati kena tendang.

Bermaksud :

Biarlah binasa kerana mempertahankan kehormatan daripada binasa dalam kehinaan.

 

Lihat selanjutnya...(20)

276

Don't jump from the flying pan into the fire

Setelah terlepas daripada bahaya, janganlah terjebak pula ke dalam bahaya yang lebih besar.

Dari lecah, lari ke duri

She ran way with her two kids from her husband who was an incorrigible drunk to be witah a man whom she trusted. But it seemed that she had jump from the flying pan into the fire when she ended up being beaten while her children were kidnapped.

Dia lari meninggalkan suaminya yang kaki botol itu dengan dua anak kecilnya untuk bersama seorang lelaki yang dipercayainya. Dia akhirnya dibelasah, dan anaknya pula diculik. Inilah yang dikatakan, terlepas dari lecah, lari ke duri

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(40)

Pantun

PantunSumberTema
Ke laut mengambil lokan, Burung tiung memanggil anak; Janganlah malu janganlah segan, Samalah kita berdagang sanak.Kurik Kundi Merah SagaPerantauan
Janganlah naik ke atas atap, Di atas kayunya lapuk; Jangan adik terlepas cakap, Terlepas cakap kita beramuk. null null null nullKhazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Janganlah suka belayar senja, Senja hari banyak jembalang; Jangan cuba mengejar hamba, Hamba dah jadi milik orang.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Janganlah asyik membuang masa, Ke mana pergi bersenang-lenang; Jangan adik memandang bangsa, Hamba ini dagang terbuang.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Janganlah kesal berhari-hari, Bertimbal turun ke mata; Barang salah menyusun jari, Junjung dengan tutur kata.Kurik Kundi Merah SagaAdat
Sayang selasih janganlah tinggi, Jikalaulah tinggi berdaun jangan; Jika kekasih hendak pergi, Jika pergi bertahun jangan.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Janganlah suka pergi menuba, Menuba sudah dilarang orang; Janganlah juga menanti hamba, Hamba sudah dipinang orang.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Janganlah suka menebang kayu, Kayu di rimba banyak manfaatnya; Janganlah hamba abang rayu, Merayu hamba banyak syaratnya.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Kalau berjaja janganlah mahal, Bila mahal barang tak laku; Kalau berkerja janganlah bingal, Bila bingal datanglah seteru.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Malam ini janganlah dituba, Kalau dituba ikan tak mati; Yang ini janganlah dicuba, Kalau dicuba berani mati.Kurik Kundi Merah SagaNasihat Nasihat
1234567

Kembali ke atas