Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[jang.gut] | جڠݢوت

Definisi : 1. bulu yg tumbuh di dagu; 2. Jw dagu; ~ labium (Bio) janggut berhampiran mulut (pd Artropoda spt udang dll); ke­bakaran ~ bp dlm keadaan bingung; pak ~ ki orang Benggali; sebesar ~ udang Kl ki perihal sedikitnya (halusnya) emas yg dipunyai; berjanggut mempunyai (memakai) janggut; sungguh ~ tiada berjubah prb tidak sem­purna syarat. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[jang.gut] | جڠݢوت

Definisi : 1. ~ keli a) sj tumbuhan, ge­ronggong semut; b) sj tumbuhan, bongbong; 2. ~ rimau sj tumbuhan, bunga kawah; akar ~ baung sj tumbuhan (pokok memanjat), Pterisanthes polita; 3. rumput ~ ali sj rumput yg tinggi, Panicum sarmentosum; rumput ~ kuau sj rumput tinggi, rumput purun batu, rumput serai jantan, Fimbristylis aestivalis; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[jang.gut] | جڠݢوت

Definisi : rambut atau bulu yg tumbuh di dagu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata janggut

Puisi
 

Panjang janggut Si Tuan Tambi,
     Panjang seratus sembilan puluh;
Nasib apalah di tahun ini,
     Padi ditanam lalang yang tumbuh.


Lihat selanjutnya...(5)
Peribahasa

Seperti janggut pulang ke dagu.

Bermaksud :

Memang sudah pada tempatnya.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Pantun

PantunSumberTema
Ada satu nama Tok Janggut, Taruh misai serta janggut; Kalau tak pandai ilmu ribut, Lebih baik jangan ke laut.Kurik Kundi Merah SagaNasihat Nasihat
Panjang janggut Si Tuan Tambi, Panjang seratus sembilan puluh; Nasib apalah di tahun ini, Padi ditanam lalang yang tumbuh.Kurik Kundi Merah SagaKiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran
Saya hendak menyukur janggut, Anak tauke bermain pedang; Di tengah laut gelombang ribut, Ikan mati di tengah padang.Kurik Kundi Merah SagaKiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran
Ada satu panglima Pulai, Pelihara janggut serta misai; Begitu banyak kain di kedai, Berkain kasar dengan cindai.Kurik Kundi Merah SagaPerniagaan
Anak laksamana bermain pedang, Anak Belanda mencukur janggut; Membuang tuba di tengah padang, Anak mati di tengah laut.Kurik Kundi Merah SagaKiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran
Sungguh beruntung berambut panjang, Rambut dapat dilurut-lurut; Sungguh beruntung berjanggut panjang, Janggut dapat diurut-urut.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Sukalah hati merumput di padang, Rumput dicabut terang tanaman; Sukalah hati berjanggut panjang, Janggut diurut tenang flkiran.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka

Kembali ke atas