Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : a) orang yg sangat dikasihi; b) hati (pusat segala perasaan); (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : a. orang yg sangat dikasihi. b. hati atau pusat bagi segala perasaan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
hati (kata nama)
Bersinonim dengan batin, perasaan, jiwa, roh, emosi;,
Kata Terbitan : sehati, berhati-hati, memerhatikan, memperhatikan, perhatian, pemerhatian, pemerhati,

Puisi
 

Kalau datang kapal serati,
     Naik bendera separuh tiang;
Kalau datang si jantung hati,
     Bulan mengambang kusangka siang.


Lihat selanjutnya...(31)
Peribahasa

Makan hati,
     berulam jantung.

Bermaksud :

Bersusah hati kerana perbuatan orang lain yang menyedihkan hati.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Pantun

PantunSumberTema
Buah pauh buah bidara, Jatuh sebiji di atas peti; Tuan jauh jadi saudara, Bila dekat si jantung hati.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Bawa bunga pergi ke pekan, Taruh mari atas peti; Badan kurus bukan tak makan, Kurus kerana si jantung hati.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Burung merpati terbang melambung, Mari hinggap di awan putih; Buah hati pengarang jantung, Tuan seorang penyudah kasih.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Buah bacang buah kuini, Dibawa orang dari tanjung; Bukannya mudah memegang janji, Makan hati berulam jantung.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta

Kembali ke atas