Ambil jarum cucuk benang, Jarum ada di dalam cembul; Air tenang adik mengharung, Tidak kusangka buaya timbul. | Kurik Kundi Merah Saga | Kiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran |
Jarum panjang kerat nangka, Betik masak tepi penanggah; Jangan tuan syak wasangka, Keris pendek seorang sebilah. | Kurik Kundi Merah Saga | Kepahlawanan |
Patah jarum dalam peti, Buat menjahit kain bertimbun; Nasihat sepatah kurang dimengerti, Rupanya penawar beribu tahun. | Kurik Kundi Merah Saga | Nasihat Nasihat |
Kalau ada jarum patah, Jangan simpan dalam peti; Kalau ada silap salah, Jangan simpan dalam hati. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
Kalau abang membeli jarum, Boleh adik membeli tali; Kalau abang minta nak cium, Upah cium tendang sekali. | Kurik Kundi Merah Saga | Jenaka |
Mengapa kakinya menjadi bengkok, Terpijak jarum bengkak jadinya; Mengapa bininya menjadi mabuk, Tak tahan mencium ketiak lakinya. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Kain pelikat belum berjahit, Menanti jarum dari Melaka; Kami berduka belum baik, Menanti ubat dari kakanda. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Kain kudi di atas atap, Belum patah jarum hilang; Kalau sudi abang bersantap, Kalau tak sudi janganlah buang. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
Kuntum bunga di dalam talam, Puan belum dihias didandan; Jarum berputar siang malam, Tua muda menanti giliran. | Pantun Melayu Sarawak | Nasihat |
Raja Adil dari seberang, Pecah perahu lalu berenang; Kalau dapat jarum berlubang, Baru senang lulusnya benang. | Kurik Kundi Merah Saga | Kiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran |