Banyaklah orang menjerat rusa, Rusa bermain ditugal padi; Banyaklah orang berbuat jasa, Jasa pemimpin kekal abadi. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Banyaklah rusa dijerat orang, Rusa bermain jadi rebutan; Banyaklah jasa diingat orang, Jasa pemimpin jadi rebutan. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Banyaklah angsa berebut terbang, Membumbun gangsa menuju lopak; Banyaklah jasa disebut orang, Agunglah jasa ibu dan bapak. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Besarlah rusa di dalam rimba Rusa dibantai kerana jerat; Besarlah jasa alim ulama, Jasa terpakai dunia akhirat. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Banyaklah angsa dapat terbang, Angsa melompat ke atas udara; Banyaklah jasa dapat ditimbang, Jasa Muhammad tiada bertara. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Taat anak ke ibu bapak, Jasa dibalas budi dikenang; Adat tegak tuahnya nampak, Bekerja ikhlas hati penyayang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Sama-sama mendaki bukit, Bawa tambuk kutip durian; Jasa menteri bukan sedikit, Tidak ternilai sejuta pujian. | Pantun Melayu Sarawak | Budi Rampaian |
Kalau hendak menjerat rusa, Siapkan tali disimpul erat; Kalau hendak berbuat jasa, Tetapkan hati betulkan niat. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Apa sebab tambur binasa, Tertikam gunting besi berani; Kalau takut membuat jasa, Ambil makan nasi kompani. | Kurik Kundi Merah Saga | Nasihat Nasihat |
Buah kana buah berangan, Ada sira nasi beryani: Cina pertama diberi sanjungan, Jasa wira gagah berani. | Pantun Melayu Sarawak | Setia Bangsa |