Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[je.bat] | جبت

Definisi : kesturi; musang ~ sj musang yg meng­hasilkan kesturi, musang kesturi; jebat-jebatan berbagai-bagai jenis bau-bauan yg harum. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata jebat

Puisi
 

Musang jebat di Kampung Cik Raoh,
     Dari jauh disangka kucing;
Hujan lebat air pun keruh,
     Cuba-cuba turun memancing.


Lihat selanjutnya...(5)
Peribahasa

Bagai melulutkan jebat pada kerbau.

Bermaksud :

Pemberian yang tidak sesuai dengan tempatnya. melulutkan = menggosok tubuh dengan pelutut; jebat = sebangsa kasturi.

 

Lihat selanjutnya...(5)


Pantun

PantunSumberTema
Musang jebat menyusur akar, Murai berkirai bulu dadanya; Hujan ribut padang terbakar, Embun setitik padam baranya.Kurik Kundi Merah SagaKiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran
Musang jebat di Kampung Cik Raoh, Dari jauh disangka kucing; Hujan lebat air pun keruh, Cuba-cuba turun memancing.Kurik Kundi Merah SagaKiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran
Jika betul anak menteri, Hang Jebat raja Melaka; Bunga diambil dalam duri, Bunga tak dapat tangan luka.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Naik bukit meraut nibung, Buat perangkap musang jebat; Penyakit lain boleh ditanggung, Penyakit rindu tak ada ubat.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Tiga sekawan pasukan gempur, Sayur buah bawa ke Selat; Tija terpukau sirih sekapur, Masyhur Tuah kerana Jebat.Pantun Melayu SarawakBudi Rampaian
Buah limau masak merekah, Bawa pulang dibelah empat; Rimau yang garang lagi kulangkah, Inikan pula musang Jebat.Kurik Kundi Merah SagaJenaka

Kembali ke atas