Jelatik burung jeladan, Tekukur terbang tinggi; Sudah cantik sama padan, Sudah diukur sama tinggi. | Kurik Kundi Merah Saga | Peribahasa |
Jelatik burung jeladan, Burung terkukur terbang tinggi; Sama patut samanya padan, Mari diukur samanya tinggi. | Kurik Kundi Merah Saga | Peribahasa |
Jelatik burung jeladan, Anak tekukur terbang tinggi; Sudah cantik sama padan, Lagi diukur sama tinggi. | Kurik Kundi Merah Saga | Peribahasa |
Burung jelatik burung jeladan, Terbang bersama burung merpati; Dikira cantik dikira padan, Sayang tidak sama sehati. | Pantun Melayu Sarawak | Nasihat |
Sayang jelatik burung jeladan, Sayang tekukur terbang tinggi; Sama cantik sama padan, Jikalau diukur sama tinggi. | Kurik Kundi Merah Saga | Peribahasa |
Burung jelatik burung jeladan, Ketiga dengan burung tempua; Sama cantik sama padan, Ibarat pinang dibelah dua. | Kurik Kundi Merah Saga | Peribahasa |
Burung jelatik burung jeladan, Burung tekukur terbang meninggi; Sudahlah paut samalah padan, Marilah ukur samalah tinggi. | Kurik Kundi Merah Saga | Peribahasa |
Burung jelatik burung kenari, Burung hinggap di taman bunga; Wahai adik orang bistari, Bolehkah hamba tumpang bertanya? | Kurik Kundi Merah Saga | Nasihat Nasihat |
Burung jelatik terbang ke ladang, Dapat dicekup jangan dipicit; Pokok cantik bertambah rendang, Buah di pokok cuma sebiji. | Kurik Kundi Merah Saga | Kiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran |
Burung jelatik makan padi, Burung puyuh dalam jebak; Wahailah adik Sita Dewi, Pandaikah cik adik masak-memasak? | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |