| Jentayu burung jentayu, Hendak terbang harilah tinggi; Angin ribut merayu-rayu, Duduk membelai adik kini. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
| Pohon kemboja dahan bercantum, Tempat jentayu membuat sarang; Semalam sahaja baru berkuntum, Sekarang layu bilakah kembang? | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
| Kalau tak ada kayu nan lebat, Tidakkan turun burung jentayu; Kalau tak ada pemangku adat, Tidakkan turun adat Melayu. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
| Sayang encik Melayu, Pakai serban senget sebelah; Kalau berbunyi burung jentayu, Ayam di reban serba salah. | Kurik Kundi Merah Saga | Jenaka |
| Berkapur sabut berkemenyan, Mandi bertimba kulit kayu; Hari petang ribut menerban, Jadi terkejut burung jentayu. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |