Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[je.pun] | جڤون

Definisi : sj ikan laut, Ariomma indica. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[je.pun] | جڤون

Definisi : ; bunga ~ sj tumbuhan (pokok kecil yg senantiasa menghijau), jitung, zetun, Thevetia peruviana. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata jepun

Puisi
 

Ah Liew peranakan Jepun,
     Mengembang bunga di dalam cawan;
Berapa banyak bunga di taman,
     Satu buat memberi rawan.


Lihat selanjutnya...(8)
Peribahasa

212

When all fruit fails, welcome haws

Apabila sesuatu yang kita inginkan tiada atau tidak diperoleh maka kita hruslah menerima apa sahaja yang ada dengan rasa syukur meskipun ia tidak seperti yang dikehendaki.

Tiada rotan, akar pun berguna

During the war, we survived on cassavas or sweet potatoes since our rice fields were bombed by Japanese - when all fruit fails, welcome haws.

Semasa perang, kami makan ubi kayu atau keledek kerana sawah kami dibom oleh Jepun - tiada rotan, akar pun berguna.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(5)

Pantun

PantunSumberTema
Basikal Jepun basikal joli, Dibawa di simpang tiga; Hendak mengikut tidak berani, Takut ditinggal tengah jeraya.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Ah Liew peranakan Jepun, Mengembang bunga di dalam cawan; Berapa banyak bunga di taman, Satu buat memberi rawan.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Orang Cina juga Melayu, Juga Jepun tak jadi bertanam; Apa kena bungaku layu, Bunga ditunggu salah ditanam.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Anak Cina anak Melayu, Anak Jepun melipat kain; Bagaimana bunga tak layu, Embun menitik di tempat lain.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Dari mana hendak ke mana, Dari Jepun ke bandar Cina; Bulanlah mana tahun pun mana, Dendam tak luput di dalam jiwa.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Dari mana hendak ke mana, Dari Jepun ke bandar Cina; Wahai tuan tumpang bertanya, Burung terbang terlampau lama.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Pun tali pun, Anak ayam bulu balik; Dalam perintah Jepun, Kita makan ubi keledek.Kurik Kundi Merah SagaJenaka
Bukanlah padi masak berhimpun, Dimasak mari santan kelapa; Walau kumati ditembak Jepun, Kerana adinda tidak mengapa.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Pohon tumbang dilanggar gajah, Ambil daun dibuat pais; Bertahun-tahun Sarawak dijajah, Dijajah Jepun dijajah Inggeris.Pantun Melayu SarawakSetia Bangsa

Kembali ke atas