Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. tali pencerut (tali yg disimpulkan) utk menangkap binatang dll; jenis-jenisnya: ~ bidas, ~ bingkas, ~ embat, ~ tanjul; me­nahan ~ memasang jerat; 2. ki tipu muslihat utk menyusahkan (merugikan dll) orang; ~ halus kelindan sutera prb tipu muslihat yg sangat halus; ~ semata bonda kandung prb anak tunggal yg sangat dimanjakan; ~ serupa jerami prb tipu muslihat yg tersembunyi dlm kesukaan; bagai menjenguk ~ sial prb benci akan sesuatu pekerjaan tetapi terpaksa me­lakukannya juga; menahan ~ di tempat genting prb mencari keuntungan drpd ke­susahan (penderitaan) orang lain; ter­pasang ~ halus prb dikenakan tipu muslihat; tahan ~ sorong kepala prb hendak men­celakakan orang lain, tetapi diri sendiri yg mendapat celaka; sejerat Mn seikat, seberkas; menjerat 1. memasang jerat, menangkap dgn jerat: ~ burung (kijang dll); 2. ki me­lakukan tipu muslihat, menyusahkan (men­celakakan) orang dgn tipu muslihat: hati-hati engkau, jangan dijerat oleh perempuan jalang itu; terjerat 1. tertangkap dgn jerat; 2. ki tertipu, terpedaya; penjerat 1. orang yg menjerat; 2. alat utk menjerat. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
jerat
Rujuk :perangkap

Puisi
 

Jerat semata di hujung tanjung,
     Terkena landak jantan betina;
Panjang dikerat pendek disambung,
     Untuk kita bekerjasama.


Lihat selanjutnya...(10)
Peribahasa

Jerat tiada lupa akan balam,
     tetapi balam lupa akan jerat.

Bermaksud :

Sudah lupa akan bahaya, tetapi sebenarnya bahaya masih tetap mengancam. balam = burung tekukur.

 

Lihat selanjutnya...(17)


Pantun

PantunSumberTema
Ingat-ingat memasang jerat, Salah jerat badan yang kena; Ingat-ingat abang memikat, Salah pikat tangan kan hampa. null null null nullKhazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Bukan mudah memasang jerat, Jerat dipasang dijenguk-jenguk; Bukan mudah memegang adat, Adat dipegang berelok-elok.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Bukan mudah memasang jerat, Jerat dipasang jangan sembarang; Bukan mudah memegang adat, Adat dipegang berpantang larang.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Bukan mudah memasang jerat, Jerat dipasang dengan kiatnya; Bukan mudah memegang adat, Adat dipegang dengan sifatnya.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Bukan mudah memasang jerat, Jerat dipasang dengan pepahnya; Bukan mudah memegang adat, Adat dipegang dengan sumpahnya.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Bukan mudah memasang jerat, Jerat dipasang dengan jampinya; Bukan mudah memegang adat, Adat dipegang dengan budinya.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Untuk apa memasang jerat, Jerat dipasang mencari makan; Untuk apa membilang adat, Adat dibilang jadi pedoman.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Angin ribut barat selatan, Sayang senduduk kayu kempas; Pasang jerat keliling hutan, Sekali lompat habis lepas, jerat/hutanKurik Kundi Merah SagaKiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran
Jerat dipasang hari pun terang, Hendak pulang badan pun letih; Niat memang mencari bujang, Tak ada bujang duda pun boleh.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Jerat dipasang sekali habis, Bila tak habis senjalah hari; Niat memang mencari gadis, Tak ada gadis janda pun jadi.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
1234

Kembali ke atas