Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[je.re.bu] | جربو

Definisi : kabut yg bercampur debu yg terapung-apung di udara sehingga mengakibatkan pe­mandangan alam sekitar menjadi kabur dan kotor; berjerebu dipenuhi (diliputi) jerebu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[je.re.bu] | جربو

Definisi : kabut yg disertai debu yg terapung-apung di atmosfera dan menyebabkan keadaan sekeliling kelihatan kabur. berjerebu terdapat atau diliputi jerebu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata jerebu


Pantun

PantunSumberTema
Kalau jerebu melanda Malaysia, Api di Jambi tolong padamkan; Kalau berseteru sesama manusia, Hati dirasuk oleh syaitan.Pantun Melayu SarawakNasihat
Ketika jerebu melanda Negara, Hari siang bagaikan petang; Kupohon hujan turun sementara, Hujan turun ributpun datang.Pantun Melayu SarawakUmum
Sesak nafas kerana jerebu, Nafas semput tidak terperi; Hujan kuimpi matahari kurindu, Inginku lihat langit berseri.Pantun Melayu SarawakUmum
Kilang tebu didiri sudah, Cawan berisi buah tamar, Hilang jerebu langit cerah, Awan berarak matahari bersinar.Pantun Melayu SarawakUmum
Geruda jatuh terhempas, Jatuh terhempas di Medan Sumatera; Akibat jerebu susah bernafas, Sesak nafas amat sengsara.Pantun Melayu SarawakUmum
Bunga Rafflesia kembang berbau, Banyak terdapat di Kalimantan; Negara Indonesia dilanda jerebu; Malaysia datang menghulur bantuan.Pantun Melayu SarawakSerumpun Senada

Kembali ke atas