Jika adik masak serunding, Bolehlah dijamu kakak Zaharah; Jika cerdik teman berunding, Jika bodoh disuruh arah. | Kurik Kundi Merah Saga | Nasihat Nasihat |
Jika tuan ke surau, pergi ke surau, Jangan dipetik kenanga, bunga kenanga; Aduhai tuan bergurau, saya bergurau, Saya sudah punya, ada yang punya. | Pantun Melayu Sarawak | Bergendang |
Jika berteduh di bawah pokok, Pokok tumbang buahnya lesap; Kalau berkawan orang merokok, Tidak merokok terhidu asap. | Pantun Melayu Sarawak | Nasihat |
Jika berburu di Bukit Emas, Penat berburu mengambil rotan; Dari dulu sudah dikias, Mabuk madu tinggal-tinggalkan. | Pantun Melayu Sarawak | Nasihat |
Jika pergi berburu, Singgah pekan tamu, Mahu jadi guru, Mesti kaya ilmu. | Pantun Melayu Sarawak | Nasihat |
Jika naik Bukit Pedawan, Ambil kayu dibuat titi; Adik belajar bersama kawan, Guru mengahar senang hati. | Pantun Melayu Sarawak | Umum |
Jika tuan memanting gambus, Gambus dipanting si burung pingai; Bukan tuan memaksa bagus, Kami memaksa budi perangai. | Kurik Kundi Merah Saga | Budi |
Jika bergendang kulit kerbau, Dalam majlis tari menari; Adik ini dagang merantau, Mengharap belas abang di sini. | Kurik Kundi Merah Saga | Perantauan |
Jika negeri api di pinggir, Api Cina berdayung tongkang; Datang ke sini mencari fikir, Dayunglah sudah dilayar orang. | Kurik Kundi Merah Saga | Kiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran |
Jika menangkap ikan gelama, Masak rempah sedap rasanya; Ada yang baru ada yang lama, Mintalah saya berjalan sama. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |