Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[jo.doh] | جودوه

Definisi : 1. pasangan hidup (laki-laki atau perempuan), imbangan: engkau haruslah berhati-hati dlm memilih ~; 2. pertemuan (antara gadis dgn teruna yg menghasilkan perkahwinan): apa boleh buat, dah tak ada ~; ~ pertemuan pasangan sbg suami isteri (yg telah ditentukan Tuhan); bertemu ~ (dgn) berkahwin (dgn); habis ~ bercerai (suami isteri); 3. lawannya atau pasangannya: nasi lemak ~nya sambal tumis ikan bilis; 4. sesuai, sepadan, setuju, secocok: harganya tidak ~ dgn buatannya; berjodoh = ~ dgn berpasangan (dgn), ber­kahwin (dgn); menjodohi menjadi jodoh kpd, berkahwin dgn: biarlah patik ~ paduka kekanda; menjodohkan, memperjodohkan me­ngah­­­winkan: Salikun bercadang hendak ~ anak perempuannya dgn seorang ustaz; perjodohan pertunangan, perkahwinan: ~ manusia itu tidak dapat ditentukan; penjodohan perihal menjodohkan sese­orang: Ali menerima ~ anaknya dgn teruna pilihannya; sejodoh sepasang: orang ~ bagai cincin; penjodoh pemadan, pasangan, lawan; ~ bilangan (Lin) perkataan yg digunakan berpasangan dgn nama apabila menunjukkan bilangan (spt ekor utk binatang, helai utk kain, biji utk buah, dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[jo.doh] | جودوه

Definisi : 1 pasangan hidup (lelaki atau perempuan): Kita mesti berhati-hati memilih ~, jika tidak, kita akan kecewa. 2 lawannya atau pasangannya: Mana ~ kasut ini? 3 sesuai; secocok: Harganya tidak ~ dgn kainnya. berjodoh berpasangan (dgn); berkahwin (dgn). menjodohkan mengusahakan supaya menjadi suami isteri; mengahwinkan: Pak Mat telah ~ anak perempuannya dgn doktor. perjodohan hal berjodoh (dgn); pertunangan; perkahwinan. penjodohan perbuatan atau hal menjodohkan. penjodoh pemadan; pasangan: ~ bilangan perkataan yg berpasangan dgn nama sesuatu benda utk menunjukkan bilangannya (spt helai utk kain, dan batang utk pokok). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
jodoh (kata nama)
Bersinonim dengan pasangan, teman kawan, lawan, saing, kelamin;,
Kata Terbitan : menjodohkan, penjodohan,

Puisi
 

Pecah sudu pecah pingganku,
     Main gasing beramah-tamah;
Bukan jodoh bukan lawanku,
     Macam anjing di bawah rumah.


Lihat selanjutnya...(20)
Peribahasa

Seperti cincin dengan permata.

Bermaksud :

Cocok segala-galanya; jodoh yang sesuai benar. (Peribahasa lain yang sama makna: Setumbuk bagai gelang, sejodoh bagai cincin).

 

Lihat selanjutnya...(6)


Pantun

PantunSumberTema
Pasang lampu pasang pelita, Pasang mari laut jambatan; Kekalnya jodoh jangan dipinta, Memang jodoh jadi suratan.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Jauh berjalan payahlah kaki, Penatlah betis letak anggota; Jodoh idaman sudah berlaki, Hendak menangis awaklah tua.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Pecah sudu pecah pingganku, Main gasing beramah-tamah; Bukan jodoh bukan lawanku, Macam anjing di bawah rumah.Kurik Kundi Merah SagaKepahlawanan
Rusa ini rusa berdua, Terbit makan rumput manisan; Tiada jodoh kita berdua, Boleh anak kita berbesan.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Kalau merendam biji selasih, Minum mari dalam cawan; Sudah jodoh bertemu kasih, Laksana paku lekat di papan.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Tasik Teduh airnya tenang, Tempat pengail main rakit; Nak pilih jodoh bukannya senang, Kena fikir macam bukit.Kurik Kundi Merah SagaNasihat Nasihat
Awas-awas memilih suluh, Salah pilih tiada berapi; Awas-awas memilih jodoh, Salah pilih payah diganti.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Sayang selasih samaselasih, Kalau tinggi ambil galah; Sungguhpun jadi bertemu kasih, Jodoh pertemuan di tangan Allah.Kurik Kundi Merah SagaAgama
Bulan mengambang di celah awan, Pungguk merindu dengan berangan; Sewajar memilih jodoh pertemuan, Tapak tangan satu perjuangan.Kurik Kundi Merah SagaAdat
Terbang burung sikalayangan, Dibawanya dandang menari; Bahala gunung awan kayangan, Amun jodoh datang sendiri.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
123

Kembali ke atas