Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[jong] | جوڠ

Definisi : kapal layar Cina; ~ pebujangan sl sj jong diraja; ~ pe­nang­gahan sl jong tempat memasak; ~ pecah yu kenyang prb dlm keadaan kacau (huru-hara) tentu ada orang yg mendapat ke­untungan; dr ~ turun ke sampan prb (orang yg) turun pangkatnya (kedudukannya); se­puluh ~ masuk, anjing bercawat ekor juga prb orang yg tidak mengendahkan perubahan dan kemajuan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[jong] | جوڠ

Definisi : ; bintang ~ gugusan bintang (juga disebut biduk). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[jong] | جوڠ

Definisi : kapal layar Cina. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
jong
Rujuk :kapal

Puisi
 

Kain berkocak jong sarat,
     Jong bermuat geluk kaca;
Bau wangi dalam surat,
     Dicium dulu baru dibaca.


Lihat selanjutnya...(7)

Pantun

PantunSumberTema
Jong-jong muka pintu, Hendak belayar hutan seberang; Jangan Mak Jah berkata begitu, Bunyinya malu di depan orang.Kurik Kundi Merah SagaJenaka
Kain berkocak jong sarat, Jong bermuat geluk kaca; Bau wangi dalam surat, Dicium dulu baru dibaca.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Jong ditembak menggugah alam, Batang tiang buat gantian; Tidur tersentak di tengah malam, Kenang-kenanglah pada perjanjian.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Betung mana akan terbuang, Betung condong ke masjid; Jong mana tuan menumpang, Jong tuan Baginda Katib.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Mengayuh jong di pagi Jumaat, Tali kemudinya jela-berjela; Sungguh agung Nabi Muhammad, Budi pekertinya tiada tercela.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Saratlah jong dari selatan, Pasang timpas berhenti juga; Ibarat burung tinggi di awan, Terbang bebas menari mangsa.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Teluk Jong permata wangsa, Dulu tiga Teluk Belati; Dipatuk tedung haram tak bisa, Dijeling janda rasa nak mati.Kurik Kundi Merah SagaJenaka
Tinggi bukit Gunung Gelama, Jong berlabuh di Kuala Kedah; Adik pergi jangan lama, Baru ditinggal seminggu sudah.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Naik ke darat ke Paya Padang, Bunga kenidai bunga kenanga; Jong sarat sudahlah pulang, Teluk Berantai ada gantinya.Kurik Kundi Merah SagaPerniagaan

Kembali ke atas