Bukan jua bukit meruntuh, Bemban perbaik meruntuh jua; Bukan penyakit saja membunuh, Cinta dan kasih membunuh jua. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Siapa makan cubadak, Kulitnya tergantung jua; Siapa adik teragak, Duduk bermenung jua. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Halia ini tanam-tanaman, Di darat jua tumbuhnya; Dunia ini pinjam-pinjaman, Akhirat jua akan sungguhnya. | Kurik Kundi Merah Saga | Agama |
Tinggi Bukit Langgang Puan, Tempat kemuning rampak jua; Buat sembilan pulau sembilan, Lenggangnya kini nampak jua. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Penatlah saya menanam padi, Sayang keladi dipatah jua; Penatlah saya menahan hati, Wajah tuan terbayang jua. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Apakah lilin di biduk, Namun gala-gala jua; Apakah kirim mande esok, Anak berurai air mata jua. | Kurik Kundi Merah Saga | Perantauan |
Tiup api di Gunung Ledang, Abu-abunya kutampi jua; Niat hati dari bujang, Balu-balunya kuambil jua. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Tanamlah bunga tidak berbunga, Tanam ke darat berbunga jua; Di dalam dunia tidak bersama, Di dalam akhirat bersama jua. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Kalau tak dapat mandi perigi, Mandi permatang nak mandi jua; Kalau tak dapat tahun ini, Tahun akan datang nak balik jua. | Kurik Kundi Merah Saga | Perantauan |
Sungguh minyak menerangkan pelita, Hendaklah jua panjang sumbunya; Sungguhpun banyak sahabatnya kita, Hilang satu pilu rasanya. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |