Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ju.ga] | جوݢ

Definisi : 1 sama halnya dgn yg lain atau dgn yg disebut sebelumnya; pula; pun: Ada ~ orang yg suka makan durian dgn pulut. 2 selalu demikian halnya; berterusan; lagi: Emaknya sudah melarang dia supaya tidak mandi di sungai itu tetapi ia masih berdegil ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata juga

Puisi
 

Orang Cina juga Melayu,
     Juga Jepun tak jadi bertanam;
Apa kena bungaku layu,
     Bunga ditunggu salah ditanam.


Lihat selanjutnya...(185)
Peribahasa

Nan lurah (= rendah) juga diturut air.

Bermaksud :

Orang yang kaya juga yang bertambah-tambah kekayaannya. (Bandingkan dengan: Lurah juga diturut air, bukit juga dilejang panas).

 

Lihat selanjutnya...(308)


Pantun

PantunSumberTema
Hendakku raut juga, kuraut juga, Ikan parang kati, jual berkati; Hendak kusahut juga, ku sahut juga, Takut Mak Gendang hati, berkecil hati.Pantun Melayu SarawakBergendang
Tahu juga padi tak jadi, Beli juga beras perahu; Tahu juga orang tak sudi, Balas juga jangan tak tahu.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Orang Cina juga Melayu, Juga Jepun tak jadi bertanam; Apa kena bungaku layu, Bunga ditunggu salah ditanam.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Pulau Pandan ke tengah, jauh ke tengah, Gunung Daik tiga, bercabang tiga; Hancur badan tanah, dikandung tanah, Budi baik juga, dikenang juga.Pantun Melayu SarawakBergendang
Begitu juga keropok tenggiri, Hasil produk ahli pesara; Itulah wajah anak Negeri, Setia berkorban untuk Negara.Pantun Melayu SarawakNasihat
Singgah juga di Bandar Miri, Di jalan raya berjual ragi; Kelak dikenang di belakang hari, Budaya kita dijulang tinggi.Pantun Melayu SarawakNasihat
Bawa juga belat dan bubu, Dapat seekor ikan parang, Di hadapan isteri disebut babu, Tengah malam disebut sayang.Pantun Melayu SarawakKasih
Boleh juga belayar kapal, Patah galah apa galahnya? Boleh juga bertukar pakai, Kalau bujang apa salahnya.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Kelapa muda muda juga, Kelapa tua dibuat inti; Suka suka juga, Sembahyang kita jangan dihenti.Kurik Kundi Merah SagaAgama
Seburuk-buruknya helang, Ada juga bulunya; Seburuk-buruknya orang, Ada juga aib malunya.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
12345678910...

Kembali ke atas