Buah manggis dimakan budak, Sayang mempelam buah di hulu; Jumpa manis makan tak jelak, Jumpa yang masam terasa ngilu. | Kurik Kundi Merah Saga | Kiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran |
Anak dekut hutan Merlimau, Jumpa landak meniti batang; Kalau takut makan rimau, Tidak saya berjalan seorang. | Kurik Kundi Merah Saga | Kepahlawanan |
Anak dekut hutan Merlimau, Jumpa landak meniti batang; Kalau takut karam di laut, Saya tak mahu belayar seorang. | Kurik Kundi Merah Saga | Kepahlawanan |
Ayam hitam celah batang, Jumpa semak baru bertelur; Sayang Cik Hitam baru datang, Bawa minyak bunga melur. | Kurik Kundi Merah Saga | Jenaka |
Hari petang memburu rusa, Jumpa rusa makan jerami; Tidak kupandang racun yang bisa, Penawar ada di tangan kami. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Sari-sari pergi ke pasar, Jumpa barang baik dibeli; Jangan kira kecil besar, Asal barang dapat kubeli. | Kurik Kundi Merah Saga | Perniagaan |
Budak-budak tanam lengkuas, Tanam mari tepi kota; Sudah jumpa tempat yang luas, Cukup sedap main senjata. | Kurik Kundi Merah Saga | Kepahlawanan |
Malam ini malam Jumaat, Malam esok malam Sabtu; Hendak jumpa Nabi Muhammad, Hendak menghadap Tuhan yang satu. | Kurik Kundi Merah Saga | Agama |
Laju sampai Kuala Daik, Hendak dikejar takut dalam; Sudah jumpa intan yang baik, Mahu diikat batu nilam. | Kurik Kundi Merah Saga | Kiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran |
Mari tetak atap rumbia, Cucuk dia berlapis-lapis; Bila jumpa bapa saya, Barulah dapat apa yang terpilih. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |