Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : berasa sakit pd kerongkong apabila menelan, kepancingan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kail-kail

Puisi
 

Tali kail panjang seratus,
     Saya nak mengail ikan parang;
Hendak meniti jambatan putus,
     Hendak menyeberang buaya garang.


Lihat selanjutnya...(8)
Peribahasa

Umpan seumpan,
     kail sebentuk.

Bermaksud :

Melakukan sesuatu usaha tanpa persediaan yang cukup.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Pantun

PantunSumberTema
Kail tersangkut di pohon pedada, Batu belah batu durhaka; Ambil iktibar bencana melanda, Badai Tsunami bawa petaka.Pantun Melayu SarawakRampai Tsunami
Kail hitam panjang sembilan, Tiba di pasar tidak membeli; Kirim salam pada tuk besan, Saya menghantar tidak seperti.Kurik Kundi Merah SagaAdat
Kalau kail tidak bermata, Manakan boleh mendapat ikan; Kalau kecil tidak berguna, Mana boleh selamat kemudian.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Kalau kail panjang sejengkal, Lautan mana dapat diduga; Kalau kecil kurang berbekal, Sesudah tua dapat celaka.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Tali kail sangkut ke akil, Dilempar masuk ke ternpat kuda; Hati kecil lutut menggigil, Mendengar datuk memikat janda.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Peganglah kail cermat-cermat, Jangan sampai terbang melayang; Peganglah wakil dengan amat, Jangan terbuang kasih sayang.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Tali kail panjang sepuluh, Pedang sehasta di dalam peti; Di dalam air badan berpeluh, Perang sengketa dalam hati.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Walaupun kail tidak berumpan, Kerana letih dipasang juga; Walaupun kecil tidak sepadan, Kerana kekasih dipinang juga.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Walaupun kail panjang sejengkal, Jangalah takut menduga laut; Walaupun kecil kurang berakal, Jangalah takut apabila diugut.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Tali kail panjang seratus, Saya nak mengail ikan parang; Hendak meniti jambatan putus, Hendak menyeberang buaya garang.Kurik Kundi Merah SagaKiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran
12

Kembali ke atas