Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kak-kak

Puisi
 

Kak Esah berumah ke hulu,
     Bawa menjahit rumai Brunei;
Hendak terkenang permainan dahulu,
     Air mata berlinang ke sungai.


Lihat selanjutnya...(6)

Pantun

PantunSumberTema
Kak Sal berkirim salam, Kepada anak yatim piatu; Kalau sesat di hujung malam, Subuh sedia membuka pintu.Pantun Melayu SarawakNasihat
Kak Esah berumah ke hulu, Bawa menjahit rumai Brunei; Hendak terkenang permainan dahulu, Air mata berlinang ke sungai.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Sayang kak udang badannya bongkok, Hendak ke tengah terasa malu; Terbuanglah bujang menjadi lapuk, Hendak menikah orang tak mau.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Kucing putih kucing Kak Dayang, Makan ketupat di atas tilam; Tubuh putih lehernya jenjang, Itulah tempat jiwa duk hilang.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Kampung Seniawan bermuka batu, Tempat Kak Bedah mandi di perigi; Hati kami terlalu rindu, Rasa nak ikut awak pergi.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Kelip-kelip katakan api, Kalau api di manakah dapur; Kelih Kak Nit rasa nak mati, Kalaulah mati di manakah kubur?Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Apa merah di kaki langit, Putik delima dilari kuda; Apalah merah di sanggul Kak Nit, Bungalah sirih cempaka muda.Kurik Kundi Merah SagaJenaka

Kembali ke atas