Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kakinya

Puisi
 

Sapu tangan berkaki merah,
     Kakinya diletak dalam perahu;
Luka di tangan berdarah merah,
     Luka di hati tak dapat nak tahu.


Lihat selanjutnya...(13)
Peribahasa

Tempang gajah berjalan,
     dek sepuntung duri di tapak kakinya.

Bermaksud :

Bencana kecil yang didiamkan dapat menyebabkan kesusahan yang besar.

 

Lihat selanjutnya...(6)


Pantun

PantunSumberTema
Mengapa kakinya menjadi pengkar, Tertumbuk ke besi pemagar rumah; Mengapa lakinya jadi gementar, Menengok bininya sebesar gajah null null null nullKhazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Mengapa kakinya menjadi bengkok, Terpijak jarum bengkak jadinya; Mengapa bininya menjadi mabuk, Tak tahan mencium ketiak lakinya.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Ayam biring kuning kakinya, Anak nyonya membeli kain; Abang tinggal sumbing hatinya, Sama-sama mencari lain.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Sapu tangan berkaki merah, Kakinya diletak dalam perahu; Luka di tangan berdarah merah, Luka di hati tak dapat nak tahu.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Gajah jatuh masuk ke lubang, Kakinya patah duduk meraung; Gagah sungguh Datuk Hulubalang, Bininya saja sepepak kampung.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Sayang itik duduk termenung, Hendak berenang kakinya patah; Kupandang adik gemuk gedempong, Lemahlah tulang hati pun gundah.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Bila orang membeli dulang, Tentulah ada membawa kakinya; Apabila abang pergi tak pulang, Tentulah hamba mencari bujang.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Ayam kecil terlalak-lalak, Ayam biring kuning kakinya; Abang pergi tergelak-gelak, Adik tinggal sunyi hatinya.Kurik Kundi Merah SagaPerantauan
Ayam jalak terlalak-lalak, Ayam biring kuning kakinya; Abang pergi tergelak-gelak, Adik tinggal sumbing hatinya.Kurik Kundi Merah SagaPerantauan
Anak tiung tinggi sekawan, Anak pelanduk patah kakinya; Tempat bumbung tersalah rawan, Hendak dijenguk banyak halangannya.Kurik Kundi Merah SagaKiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran
12

Kembali ke atas