Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
kalau (kata tugas)
Bersinonim dengan jika, jikalau, seandainya, sekiranya, misalnya, bila, senyampang.,

Puisi
 

Kalau begitu rupanya padi,
     Namun mengindang layu-layu;
Kalau begitu rusuhnya hati,
     Mahu menumpang biduk lalu.


Lihat selanjutnya...(28)
Peribahasa

Kemenyan sebesar lutut jika tiada dibakar manakan berbau.

Bermaksud :

Kepandaian hendaklah diajarkan kepada orang lain, kerana kalau disimpan ia akan hilang begitu saja. (Peribahasa lain yang sama makna: Apakah gunanya kemenyan disimpan sebesar tungku, kalau tidak dibakar).

 

Lihat selanjutnya...(2)


Pantun

PantunSumberTema
Kalau begitu rupanya padi, Namun mengindang layu-layu; Kalau begitu rusuhnya hati, Mahu menumpang biduk lalu.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Kalau begitu rupanya paya, Ayuh berenang serati kami; Kalaulah senang hati orang kaya, Yalah senang hati kami.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Telaga batu di Batu Pahat, Dipahat Siam hendak ke Melaka; Kalau begitu membuat jahat, Tidak diam badan celaka.Kurik Kundi Merah SagaAdat
Duduk di pintu memandang bulan, Hari tak ribut awan melindung; Kalau begitu nasibmu tuan, Bertuahlah perut ibu mengandung.Kurik Kundi Merah SagaAdat
Mengkarak airnya beku, Anak pasung saya tekankan; Kalau hendak tidak begitu, Kalau lambat saya pesankan.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Kalau ada kaca di pintu, Ambil lidi sapukan sampah; Mengapa tuan kata begitu, Kalau sudi apatah salah.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Kalau mudik ke Tanjung Batu, Lapis-berlapis daun pandanya; Kalau adik berkata begitu, Berapa lapis dinding badannya.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Kalau tuan pakai sepatu, Agar-agar naik ke kuala; Kalau tuan cakap begitu, Kayu pagar naik kepala.Kurik Kundi Merah SagaJenaka
Kalau tuan ke Tanjung Batu, Singgah beli sebatang galah; Kalau tuan kata begitu, Saya berani mengaku salah.Kurik Kundi Merah SagaAdat
Kalau sungguh bagai ciku, Papan di Jawa saya serahkan; Kalau sungguh cakap begitu, Badan dan nyawa saya serahkan.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
12

Kembali ke atas